Mata Ashraf masih terarah tepat ke mata Marcus. Jari-jarinya mengetatkan genggaman pada pistol. Nafasnya memburu, tapi dalam hati, dia cuba bulatkan tekad. "Aku kena buat," bisiknya dalam hati. Namun, keraguan itu terus menghantui. 'Boleh ke aku tarik picu ini?'
Marcus perasan raut wajah Ashraf yang sedikit demi sedikit berubah. Dia melihat keraguan dan kekacauan dalam mata lelaki itu.
Dia tahu, jika Ashraf tidak menembak sekarang, segalanya akan berantakan. Rancangannya, semuanya akan gagal. Dia perlu memancing amarah Ashraf!
"Kau tahu, Ash" suara Marcus mendengung dalam kesunyian yang tegang itu, "Kalau kau tak bunuh aku sekarang, Aira akan mati di tangan aku."
Marcus mengukir senyuman penuh sindiran, wajahnya kelihatan dingin dan kejam. "Kau patut buat pilihan. Aira.... Atau hati kau yang lemah. Hati yang tak mampu buat keputusan yang betul."
Ashraf menahan nafas. Amarah mula membuak di dalam dadanya.
"Atau..." Marcus menyambung, suaranya lebih dingin, "Kau nak biarkan situasi Arshad berulang pada Aira?"
Kata-kata itu menusuk hati Ashraf seperti belati. Nama Arshad disebut! Kenangan pahit itu terus kembali, menghenyak perasaannya. Rasa sakit yang pernah dialaminya ketika kehilangan Arshad kini muncul kembali, membakar semangatnya.
Ashraf mengetap gigi, berusaha menenangkan kegelisahan yang semakin membesar. Genggamannya pada pistol makin erat, tangannya kini bergetar.
'Dia cuba pancing aku! Jangan... Jangan termakan pancingannya!' bisik hati Ashraf. Tetapi, wajah Aira terlintas di dalam fikirannya. 'Aku perlu buat keputusan!'
Marcus memandang Ashraf tanpa berkedip. "Jadi, apa pilihan kau, Ashraf? Hati kau atau Aira?" Dia sengaja mengulang soalan itu untuk memprovokasi.
Setelah mendengar kata-kata itu, hati Ashraf menjadi semakin tegang. Tangannya semakin kuat memegang pistol. Jantungnya berdegup kencang, seolah-olah ingin melonjak keluar dari dadanya.
'Aku perlu tamatkan ini.' Dia tahu ini adalah saat yang menentukan.
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...
BANG!
Suara tembakan bergema serentak, menyilaukan suasana tegang itu. Marcus dan Ashraf masing-masing menarik picu pistol mereka pada masa yang sama. Dentuman kuat memecahkan kesunyian.
Namun... suasana itu menjadi senyap tiba-tiba. Detik berikutnya terasa seperti masa yang terhenti. Mata Ashraf terbelalak, menanti saat tubuhnya terasa peluru yang menyakitkan itu. Namun, anehnya, tiada rasa sakit. Tiada darah yang mengalir.
Di hadapannya, Marcus berdiri kaku selama beberapa saat. Kemudian, wajahnya berubah tenang, senyum kecil terukir di bibirnya sebelum tubuhnya jatuh terhempas ke tanah.
"Marcus!" jerit Ashraf tanpa sedar.
Marcus terbaring, matanya memandang ke langit. Di dadanya, peluru Ashraf telah bersarang.
Tangan Ashraf menggigil. Dia tidak percaya apa yang berlaku. Hanya Marcus yang tumbang! Marcus memang juga melepaskan tembakan, tetapi...
Pistol Marcus kosong! Hanya peluru kosong! Bunyi sahaja yang keluar!
Ashraf terkedu. Marcus memang tidak pernah berniat membunuhnya sejak awal!
"Tak... Tak mungkin..." bisik Ashraf, suaranya bergetar. Segala kekuatan dalam dirinya seakan hilang.
Dengan laju, Ashraf meluru ke arah Marcus, berlutut di sebelah tubuh lelaki itu. Dia merangkul Marcus, mendekapnya erat, cuba menahan air mata yang kini mula mengalir di pipinya. "Kenapa, Marc? Kenapa kau buat macam ni?" Suaranya serak dan penuh kepiluan.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...