BAB 6: Best Friend

20 2 0
                                    

Ketukan pintu rumah yang tidak henti-henti membuatkan Aira terpaksa bangun dari lenanya. Dia mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jam.

Terbeliak terus matanya apabila melihat berpuluh panggilan tidak dijawab dari abang kembarnya. Lalu jam dikerling, 7:42 am.

Aira terus bergegas membuka pintu rumahnya dan terlihatlah Aiden berdiri dihadapan pintu rumahnya sambil memegang kunci spare yang disimpannya untuk kecemasan. Baru sahaja ingin membuka pintu rumah Aira.

"Haa! Abang ingat pengsan ke apa tadi" Kata Aiden sejurus melihat wajah mamai adiknya.

"Sorry sorry. Aira baru bangun ni. Tak sedar pun tadi" Pantas Aira meminta maaf sambil merapikan rambutnya yang serabai.

"Trust me, I know it hanya dengan tengok muka baru bangun tidur tu" Kata Aiden dengan senyuman tipis sebelum masuk ke dalam rumah tanpa dijemput.

"Why are you here this early,bro? Kaki dah ok ke?" Tanya Aira sambil menuju ke dapur dan mengambil 2 cawan untuk membuat kopi.

Aiden duduk di sofa dan mengeluarkan telefon bimbitnya. "Kaki abang dah laaamaaa ok dik. Hari ni abang dah masuk kerja"

"Ish, mana pernah abang mengaku kalau tak ok" Aira membebel sambil meletakkan dua cawan kopi di atas meja kopi depan sofa.

Aiden pula hanya tersengih seperti kerang busuk. "By the way, esok Aira habis shift petang kan?"

"Yup. Hari ni pun. Sebab ada beberapa Doktor praktikal, jadi kami yang doktor lama- lama ni banyak pantau and tolong apa yang patut je sekarang" Kata Aira sambil mengacau kopinya. Cawan kopi itu tiba-tiba membuatkan dia teringtkan Ashraf dan perasaan geramnya semalam datang kembali.

" Fahammm. Jadi, kita melawat mama and Afiq esok nak? Hari ni tak boleh, abang ade kerja." Ajak Aiden dengan senyuman.

Aira terus menoleh kearah abangnya selepas mendengar ayat itu. Tanpa kata, dia mempamerkan riak risau.

"Eh tak. Abang tak de misi hari ni. Kerja tu, means kerja pejabatlah. Kan abang kerja dekat pejabat diorang jugak." Kata Aiden laju, faham benar akan kerisauan kembarnya.

Aira menghela nafas lega apabila mendengarnya. " ok then, kita balik rumah mama esok petang" Katanya dengan senyuman gembira. Lama sudah dia tidak menjenguk mama nya.

"Ok set" Aiden kemudian menghirup kopinya sehingga habis.
---------------------------------------------------------------
Di Hospital

Aira sedang merawat seorang pesakit kanak-kanak yang kelihatan cemas. Kakinya patah setelah jatuh dari pokok. Setelah selesai rawatan awal dan membalut kaki kanak-kanak lelaki itu, dengan senyuman lemah lembut, Aira memegang tangan pesakit itu dan berkata, "Jangan risau, semuanya akan baik-baik saja. Saya akan pastikan awak sihat balik."

Kanak-kanak itu terlihat lebih tenang sambil memandang ibunya disebelah sengan senyuman kecil.

"Puan ikut jururawat untuk ke bahagian x-ray ye, biar jururawat tolakkan kerusi roda anak puan" Kata Aira lembut dengan senyuman yang menenangkan. Sang ibu mengangguk sebelum pergi mengikut jururawat yang ditunjuk Aira.

Seorang lagi jururawat melintas dan tersenyum, "Doktor Aira, pesakit-pesakit selalu tenang bila awak ada. Awak memang peramah dan disukai ramai orang."

Aira hanya tersenyum, melambai tangan kepada kanak-kanak itu sebelum melangkah keluar dari bilik rawatan. Dia berasa puas hati melihat pesakitnya tenang dan tersenyum kembali.

Selesai memberi arahan terakhir kepada jururawat dan beberapa doktor praktikal, Aira melihat jam tangan. Hampir pukul 6 petang. Masa untuk balik.

Habis kerja, Aira melangkah keluar dari hospital sambil melihat telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi chat dan menaip dalam group chat mereka yang bernama "The Gang".

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now