——————————————————————————
Author's Note: The following chapter contains intense scenes of violence. READ ON YOUR OWN RISK ‼️
——————————————————————————Raymond, dalam keadaan lemah, memandang Tim yang sudah hampir pengsan akibat teruk dibelasah.
"Tim, bertahanlah. Jangan bocorkan apa-apa, walau apa pun yang terjadi," kata Raymond, suaranya serak dan penuh kesakitan. Dia cuba menahan rasa lemah akibat kehilangan darah yang banyak selepas ditikam di kaki.
Namun Raymond tahu, meskipun Tim juga anak buah Ashraf, Tim tidak memiliki maklumat yang sebenarnya.
Di mata Tim, Ashraf adalah seorang yang dingin, sesuai dengan gelaran 'mostro'. Ashraf sering dilihat sebagai seorang yang tidak berperasaan, membunuh dengan mudah seolah-olah ia satu permainan. Ramai yang hanya melihat dia dari luar, tanpa tahu sifat sebenar Ashraf yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang terdekat, termasuk Raymond.
Raymond tahu, dalam keadaan ini, hanya dia yang perlu bertahan. Dia telah lama mengenali Ashraf dari dekat, melihat kelemahan dan kelebihan Ashraf, dan dia tidak akan membocorkannya begitu sahaja. Ashraf mungkin dikenali sebagai 'Mostro', seorang yang kelihatan tidak berperasaan dan membunuh dengan mudah, tetapi Raymond tahu hakikat sebenar. Ashraf hanyalah manusia dengan pelbagai perasaan dan dia juga mempunyai sifat pelindung yang sangat tinggi. Kelemahannya mudah, ketinggian dan orang yang disayanginya.
Raymond masih mencuba membuka ikatan tangannya, namun usahanya untuk melepaskan diri gagal. Ikatan yang kuat dan sengit menghalangnya, dan Raymond semakin lemah akibat kehilangan darah yang terus mengalir dari kakinya. Timbul rasa putus asa, tetapi dia tidak akan membiarkan mereka mengalah begitu sahaja.
Tiba-tiba, langkah yang berat dan marah menggema di dalam kontena besar tersebut. Viper kembali ke tempat itu. Amarahnya nampak jelas di wajahnya, dan dia tidak segan untuk meluahkan kemarahan itu kepada Raymond.
Viper terus menuju ke arah Raymond dengan langkah yang penuh kebencian. Tanpa berkata sepatah pun, dia menendang Raymond berkali-kali dengan kasar. Setiap tendangan menghentam tubuh Raymond, menyebabkan kesakitan yang makin memburuk. Raymond merintih, tetapi dia masih berusaha keras untuk tidak mengeluarkan satu pun kata.
"Raymond!" Viper membentak, menendang sekali lagi. "Aku dah bagi kau peluang. Sekarang, bagitahu aku kelemahan Ashraf atau aku akan pastikan kau menderita lebih lagi!"
Raymond merasakan tubuhnya semakin longlai, tetapi dia masih berusaha untuk tetap diam. Viper yang marah kemudiannya mengalih kemarahannya kepada Tim, yang sudah pun dalam keadaan lemah.
Raymond melihat Viper yang memandang ke arah Tim. Dia berusaha menahan kesakitan, namun dia tidak mampu bergerak. Dia melihat Tim yang sudah longlai dan tidak berdaya, lebih lemah dari dirinya kini.
Dalam keadaan yang menyedihkan itu, Raymond berusaha untuk mengarahkan perhatiannya kepada Viper. "Berhenti... Tolong berhenti... Jangan hancurkan dia... Dia tak tahu apa-apa," Raymond cuba tenangkan Viper dengan suara yang penuh kesakitan.
Viper, tanpa mempedulikan rayuan Raymond, melangkah ke arah Tim yang sudah tidak berdaya. Dia memegang sebatang kayu dan mulai memukul Tim bertubi-tubi. Setiap pukulan membuatkan Tim mengerang kesakitan, tetapi dia tidak mampu melawan.
Raymond melihat semua ini dengan penuh rasa kesedihan dan kemarahan. "Cukup! Jangan... Jangan sentuh dia lagi!" Raymond menjerit dengan suara yang hampir pecah. "Dia tak tahu apa-apa! Aku lah yang ada maklumatnya! Aku lah yang kau nak! Lepaskan amarah kau pada aku, bukan dia!" Walaupun dia juga sedang menahan sakit, dia cuba menenangkan Viper agar berhenti menganiaya Tim.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...