BAB 28: KEHIDUPAN NORMAL

10 1 0
                                    

Suasana di rumah mereka mulai tenang dan hangat, seolah-olah kejadian semalam hanya mimpi buruk yang sudah berlalu. Matahari pagi menembus jendela, memancarkan cahaya lembut yang menyapu segala ketegangan yang sempat menghantui mereka malam tadi. Aira melangkah keluar dari bilik mandi, wajahnya segar dan berseri, walaupun dalam hati masih bersarang sedikit kegusaran tentang apa yang akan berlaku seterusnya.

Aira mengenakan kot doktor putihnya, yang dipadankan dengan blaus biru lembut dan seluar hitam. Rambutnya disanggul rapi, memperlihatkan leher jenjangnya yang anggun. Stetoskop tergantung santai di lehernya, memberikan kesan profesional yang tak terbantahkan. Dia tampak seperti sosok yang tenang dan tegas, tetapi dalam hatinya, dia merasakan kekalutan yang tak bisa disembunyikan.

Di sudut yang lain, Ashraf berdiri di hadapan cermin besar, Ashraf mengenakan suit elegan berwarna kelabu gelap, dengan kemeja putih bersih dan tali leher sutera berwarna biru laut. Penampilannya sebagai seorang 'head of sales manager' begitu sempurna, hampir mustahil untuk percaya bahwa di balik pakaian rapi itu, dia adalah seorang mafia yang disegani. Jam tangan mewah yang melingkari pergelangan tangannya menambah kesan kemapanan dan kekuasaan yang tak bisa disangkal.

Aira dengan cepat melangkah ke arah pintu, bersiap untuk berangkat ke hospital. Namun, tiba-tiba dia berhenti, matanya membesar saat menyadari sesuatu. "Ash, kereta kita... meletup semalam. Kereta aku dekat markas... Kita tak ada kenderaan!"

Ashraf menoleh ke arahnya, senyum penuh goda tersungging di bibirnya. "Oh, ya?"

Membulat mata Aira mendengar jawapan Ashraf. "Oh ya? Aku serius ni Ash. Kau nak aku pergi kerja dengan apa? Terbang?"

Ashraf tergelak kecil mendengar ayat Aira. "Ikut suka hati kau lah... Kalau tak nak terbang, kau boleh berenang."

"Ashraf Rizzi! Kau janji semalam kau nak hantar and ambik aku hari ni. Buat lah sesuatu!" Aira mula geram.

Ashraf tertawa lagi. Seronok dapat mengusik isterinya dipagi hari. "Jangan risau, aku ada penyelesaian."

Aira mengerutkan dahi, merasa sedikit bingung dengan ketenangan suaminya. "Ash, ini bukan masa untuk bergurau. Aku tak boleh lambat ke hospital!"

Ashraf hanya tertawa kecil dan menggamit tangannya. "Ikut aku."

Dengan perasaan ingin tahu bercampur cemas, Aira mengikuti Ashraf menuju ke suatu ruang yang terletak di belakang rumah. Pintu besar berwarna kelabu, yang tampak seperti dinding biasa, tiba-tiba terbuka otomatis saat Ashraf menyentuh sebuah panel di sampingnya. Aira menahan nafas, terkejut melihat tangga yang mengarah ke bawah.

"Apa ni, Ash?" tanyanya, suaranya penuh dengan keterkejutan.

Ashraf hanya tersenyum dan mengangkat bahu. "Surprise."

Mereka menuruni tangga tersebut, dan seketika Aira tercengang. Di hadapannya terbentang sebuah garaj bawah tanah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan mewah—Ferrari merah menyala, Lamborghini Aventador hitam matte, Porsche 911 yang berkilauan di bawah sinar lampu neon biru, dan beberapa motor Ducati serta Harley Davidson yang berdiri megah seolah-olah menanti untuk diluncurkan. Dinding garaj itu dihiasi dengan rak-rak alat ganti kereta yang tersusun rapi, mencerminkan gaya hidup seseorang yang lebih daripada sekadar kaya—ini adalah kehidupan seorang yang benar-benar berkuasa.

Ashraf hanya tersenyum sinis melihat reaksi Aira. "Inilah sebabnya kenapa aku tak pernah kisah kalau kereta rosak masa jalankan misi. Ada banyak lagi yang menunggu,"

"Ash... kau gila ke?" Aira bersuara, matanya tak lepas dari pemandangan yang luar biasa itu. "Berapa banyak kereta dan motor kau ada?"

Ashraf tertawa, nadanya ringan dan tak serius. "Cukup untuk bertukar setiap hari sepanjang tahun, mungkin lebih."

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now