Sementara Itu :
Aiden menyelinap ke sudut tersembunyi, di mana cahaya samar menerangi lokasi Raymond. Dia mengintai dari celah-celah timbunan kotak dan barang-barang yang berdebu, hatinya berdegup kencang. Dia datang untuk menyelamatkan Raymond, tapi dalam hati kecilnya, Aiden tahu situasi ini amat berbahaya. Dia datang tanpa berfikir kerana marah pada bloodies gang. Ini bukan medan tempurnya. Dia bukan tandingan legenda Kalpsiz, terutama sekali Ashraf, yang namanya diresapi dengan ketakutan dan kekaguman.
Tekadnya untuk membalas dendam atas kematian abangnya, Aizat, yang dibunuh oleh Bloodies Gang, semakin kuat. Tapi, Aiden memegang satu prinsip penting—jika dia mati di sini, dendamnya takkan pernah terbalas.
Dia sudah menghubungi beberapa kenalan rapat dalam Kalpsiz. Marquez dan Maria, yang sedang dirawat di hospital, tidak dapat membantu. Namun, Iskandar dan beberapa ahli Kalpsiz yang rapat dengan Aiden segera dihubungi. Sayangnya, lokasi persembunyiannya telah dikesan oleh musuh, menyebabkan pertempuran sengit tercetus.
Mafia-mafia musuh datang seperti ombak yang tak henti-henti. Aiden tahu dia harus bertahan walaupun dia jarang menggunakan senjata. Keupayaannya dalam bertempur agak berbakat, tapi sekarang, nyawanya terasa di hujung tanduk. Nafasnya semakin berat, tubuhnya mula keletihan. Tiba-tiba sebuah pisau melayang deras ke arahnya.
Pisau itu meluncur dengan cepat, hampir mengenai kepalanya, tetapi tepat mengenai seorang musuh yang cuba menyerang dari belakang. Aiden tergamam seketika sebelum menyedari kehadiran Ashraf dan Danish yang baru tiba.
Danish, dengan senyuman lebar, terus melompat ke dalam medan pertempuran sambil bergurau, "Akhirnya! Hari bosan aku dah tamat! Bonzai!" Dia melompat tinggi, menendang dua orang musuh tepat di kepala, membuatkan mereka terhuyung-hayang.
"Aiden, siapa yang tolong kau track lokasi ni?" Danish mula bertanya sambil menumbangkan seorang lagi musuh yang cuba mendekat.
"Hah? Serius lah kau tanya aku soalan tu masa ni?" Aiden mengerutkan dahi, tidak percaya dengan timing Danish. Sebelum sempat dia membalas lebih panjang, seorang musuh menyerang dari samping. Hampir sahaja mengenainya.
Dengan gerakan pantas, Danish menumpaskan musuh itu, membuatkan Aiden kaget. "Ada masa yang lebih sesuai ke?" tanya Danish dengan selamba, seperti tidak terjadi apa-apa.
"Jangan kacau dia, Nish. Dia tak boleh multitasking macam kau," suara Khairul kedengaran dari alat komunikasi di telinga Danish.
Danish hanya tersenyum senget, matanya melirik pada musuh yang baru saja tumbang di hadapannya akibat ditembak oleh 'musuh tidak terlihat'. "Nice shot, bro," katanya sambil mengangkat ibu jarinya ke arah langit.
Khairul, dengan ketepatan sniper yang tak pernah meleset, terus memburu musuh dari jarak jauh. Melalui skop senjatanya, dia melihat 'thumbs up' dari Danish dan tersenyum sendiri. "Kacang je ni," balasnya sambil menembak beberapa musuh yang cuba mendekati mereka.
Iskandar, Ivanov, dan beberapa ahli Kalpsiz lain turut serta dalam pertempuran. Mereka bertempur dengan hebat, akhirnya berdiri di hadapan warehouse yang suram, berhadapan dengan kontena usang di mana Raymond dan Tim ditahan.
"Err, nak masuk dalam warehouse atau terus ke kontena?" tanya Aiden sambil memandang Ashraf, yang kelihatan lebih cemas dari biasa.
"Warehouse besar, kalau nak cari lokasi diorang, kita perlu ramai orang," kata Danish sambil membelasah dua orang musuh yang cuba mengintai.
"Biar aku dan yang lain masuk warehouse. Kau, Danish, dan Aiden pergi ke kontena," kata Iskandar tegas, tidak mahu membuang masa.
Di hadapan kontena yang kelam, musuh sudah bersiap sedia, lengkap dengan senjata yang mematikan. Ashraf, Danish, dan Aiden melangkah ke depan, masing-masing dengan senjata di tangan, mata mereka tajam mengawasi setiap gerakan musuh.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...