BAB 5: 2 KEHIDUPAN BERBEZA

21 2 0
                                    

Ashraf menunggu di luar rumah Aira setelah menelefon Danish sebentar tadi. Dia melirik jam tangannya, merasa sedikit tidak sabar untuk bertemu sahabatnya.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta merah menyala, Porsche Panamera , berhenti di hadapannya. Khairul memandu dengan cermin mata hitam menutupi sebahagian besar wajahnya, sementara Danish duduk di sebelah, tersenyum lebar sambil melambai-lambai tangan.

"Bro, asal muka monyok je? Anything happend?" tanya Danish sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

"Nothing. Cuma letih sikit lepas misi semalam," jawab Ashraf ringkas, cuba mengalihkan perbualan.

"Letih? Bro, bila masa manusia bernama Ashraf Rizzi D'Valentini ni reti letih?" Khairul ketawa kecil sambil memandu pergi dari hadapan rumah Aira. "So, macam mana misi semalam? Dengar cerita ada doktor cantik tolong kau?"

"Hah? Macam mana kau... jap, kau hantar orang follow aku ke Trev?" Ashraf hairan bagaimana Khairul boleh tahu tentang dia dibantu oleh seorang doktor. Siap cakap doktor tu cantik lagi!

"Gila ke apa? Kau ingat aku ni mak kau ke nak kena hantar orang pantau kau bagai?" Sangkal Khairul. "Aku cuma kebetulan tahu yang rumah tu rumah seorang doktor muda." Sambung Khairul jujur. Dia sangat mengenali rumah yang selalu dipantau oleh salah seorang anak buahnya, iaitu Aiden Darwisy. Tambahan pula dia memang sering bertemu dengan Aira, walaupun nampak jelas Aira bencikan kehadirannya.

"Hah? Jadi betullah ada doktor cantik tolong kau? Cantik dia level berapa? Ada ambik gambar tak? Nombor fon dia ke?" Tiba-tiba Danish teruja dan mengeluarkan banyak persoalan

Ashraf tergelak kecil. "Dari manalah korang dengar cerita merepek ni? Kebetulan je aku tunggu korang depan rumah tu. Tak ada apa-apa lah. Jom, kita pergi sarapan. Aku lapar."

Danish mengangkat kening, sedikit curiga tetapi menurut sahaja. "Okey, fine. Tapi jangan ingat aku lupa cerita tu."

Khairul menyambung, "Kami tahu kau pandai simpan rahsia, bro. Tapi kami pun ada hak nak tahu sikit-sikit, kan?" Danish pula pantas mengangguk berkali-kali.

Ashraf mengeluh kecil, cuba mencari alasan. "Serius, tak de benda yang menarik pun. Aku cuma selesaikan misi je. Jom, cepat, perut aku dah berbunyi ni."

Di kedai kopi kegemaran mereka, Ashraf, Danish, dan Khairul memesan roti bakar dan kopi O. Mereka duduk di meja sudut, berbual-bual santai.

"Seriuslah, Ash. Semalam tu apa jadi? Ada something yang menarik happend ke?" Danish tidak putus asa untuk mendapatkan jawapan.

"Aku cuma buat apa yang biasa aku buat je. Jumpa target, habiskan kerja, balik," Ashraf menjawab, sambil memotong roti bakarnya.

"Dah tu kenapa kau tak de dekat rumah time kitorang pergi tadi?" Tanya Khairul sambil menjongketkan sebelah keningnya.

" Err.. aku keluar kejap sebab ade hal" Ashraf cuba mengelak soalan perangkap itu.

"Jalan kaki?" Danish masih panasaran. Jarak antara rumah Aira dan rumah Ashraf agak jauh jika nak jalan kaki.

" Aduh, banyak tanya lah korang ni. Sukahati korang lah nak fikir apa"Ashraf menemui jalan buntu untuk menjawab pertanyaan sahabat-sahabatnya.

Khairul tergelak. "Kau ni memang misteri betul. Kalau Danish yang buat misi tu, mesti dah buat live update kat Instagram."

Danish menyambung, "Haha, betul tu. Tapi seriously, bro, kau okay tak? Kalau betul kau bagi doktor tolong kau, mesti kau cedera teruk kan?"

Ashraf cuba mengubah topik. "Doktor tu kebetulan je ada kat situ. Lagipun, aku dah okay. Jangan risau."

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now