Bab 24: Gaduh Manja

9 1 0
                                    

Di Hospital

Mereka tiba di hospital dengan tergesa-gesa, Maria sudah terlalu lemah untuk bertahan lama tanpa rawatan segera. Raymond dengan cekap menghentikan kereta di hadapan pintu kecemasan, dan Khairul segera keluar, mendukung Maria dengan hati-hati namun tergesa-gesa.

"Ash, masuk cepat! Kita kena pastikan Maria dirawat segera!" Khairul berkata dengan cemas.

Ashraf mengangguk, tetapi sempat memberikan pandangan sekilas kepada Danish yang kelihatan terganggu. "Kau okay ke, Nish? Kau nampak macam ada sesuatu yang tak kena."

Danish yang baru sahaja menyimpan telefon bimbitnya, cuba menutup kegelisahan di hatinya dengan senyuman palsu. "Takde apa-apa, Ash. Cuma... Luca call aku banyak kali tadi, tapi aku tak sempat angkat sebab sibuk main tembak-tembak. Bila aku call balik, dia tak jawab. Tapi aku rasa dia okay je, mungkin sibuk."

Ashraf memandang Danish dengan ragu-ragu, cuba membaca perasaan sebenar sahabatnya itu. Namun, Danish segera mengalih perhatian dengan ketawa kecil. "Eh, tak payahlah risau pasal aku. Aku kan sentiasa cool, bro!"

Ashraf hanya mengangguk, tetapi perasaannya tetap bercampur-baur. "Alright. Kalau kau kata okay, aku percaya."

Danish tersenyum lebar, tetapi jauh di sudut hatinya, dia tak dapat menghilangkan perasaan tak sedap hati itu. Dia berharap Luca baik-baik sahaja, tetapi dalam dunia mereka yang penuh bahaya ini, tiada apa yang boleh dijamin.

Mereka bertiga, bersama Raymond, membawa Maria masuk ke dalam hospital. Setelah memastikan Maria diberikan rawatan segera, mereka semua mendapatkan rawatan sendiri. Luka-luka hasil dari pertarungan tadi, walaupun tidak terlalu parah, tetap perlu dijaga dengan baik. Danish memeriksa luka di lengannya sambil meringis. "Ah, nasib baik ini je. Kalau tak, jenuh aku nak jawab kalau kena dekat kepala!"

Khairul menggeleng kepala sambil tersenyum. "Kalau kena kepala, tak tahu macam mana nak repair kepala kau yang dah penuh lawak ni."

"Aku dah kata kan? Kepala ni mahal, bro! Sebab tu, aku tak pernah pakai helmet yang murah!" Danish berseloroh.

Sementara itu, Ashraf dengan perlahan memandang sekeliling, matanya mencari-cari kelibat seseorang. Namun, walaupun sudah berjalan di sekitar lobi hospital, dia masih tidak dapat menemui apa yang dicarinya. Hatinya mula berasa tidak keruan, tetapi dia tidak mahu menunjukkan kegelisahannya di hadapan yang lain.

Danish yang sedang menukar baju terkena percikan darah di tandas kecil hospital, keluar dan melihat Ashraf yang kelihatan tidak tenteram. "Kau cari apa, Ash? Kau macam tengah cari seseorang je."

Ashraf berpaling, tetapi cuba menyembunyikan perasaannya. "Tak ada apa. Cuma... aku rasa macam ada sesuatu yang aku terlupa."

Danish mengerutkan kening, cuba meneka apa yang sebenarnya berlaku. "Ash, jangan cuba berahsia dengan aku. Kau tak pandai sangat menipu, tahu?"

Ashraf menjeling tajam. "Aku tak menipu, okay? Aku cuma... argh, tak payahlah kau sibuk."

Danish menghela nafas panjang, sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. "Kalau kau cari Aira, aku boleh bagitahu kau kat mana dia sekarang."

Ashraf, yang sedang membetulkan kolar bajunya yang kotor, tiba-tiba tersentak. "Aira... Aira dekat mana? Macam mana kau tahu?"

Danish tersenyum nakal. "Tadi kata tak nak tahu. Sekarang dah tanya pulak?"

Ashraf tersentak. "Aku cuma nak pastikan dia tak buat hal yang bukan-bukan! Lagipun, aku kan suami dia... aku kena tahu dia kat mana!"

Danish mengangkat kening, kelihatan seperti sedang mempertimbangkan sesuatu. "Dia ada dekat markas. Kalau kau nak, aku boleh bawa kau terus ke sana, jumpa buah hati kau~"

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now