BAB 55: AFTER MISSION

4 0 0
                                    

Pertemuan rahsia Kalpsiz sedang berlangsung dalam bilik mesyuarat yang besar, bilik tersebut terasa seperti ditelan kegelapan. Cahaya dari lampu chandelier berkilauan di atas kepala mereka, namun tidak cukup untuk meredakan ketegangan yang menyelubungi setiap sudut. Tiga penguasa tertinggi duduk di tengah, wajah-wajah mereka tenang tetapi penuh makna. Di sekeliling mereka, anak-anak buah yang lain duduk dengan perasaan bercampur baur selepas pertempuran yang baru berakhir.

Marco D'Valentini memandang ke hadapan, mata birunya yang tegas menunjukkan keyakinan, meskipun dua penguasa tertinggi Bloodies berjaya melarikan diri. Dia tenang, seperti laut yang seolah-olah tak tergugat walau ada badai melanda.

"Bloodies masih belum kita hapuskan sepenuhnya. Mereka lari, tapi mereka tidak akan bersembunyi lama. Kita ada kelebihan sekarang," suara Marco tegas, menyeluruhi bilik. Semua mata tertumpu kepadanya.

Rolan Kaminski mengangguk perlahan. Mata coklat mudanya berkilau dengan fikiran yang sentiasa bergerak. "Aku dah suruh Alex pantau semua pergerakan digital mereka. Tidak ada yang boleh terlepas dari radar kita. Apa-apa maklumat, kita akan dapat dulu." Rolan berhenti sejenak, melemparkan pandangan ke arah Andres Diaz, penguasa ketiga.

Andres bersandar dengan wajah yang selamba, seolah-olah tak ada yang berat di kepalanya. Mata hijaunya berkilauan licik, walaupun dalamnya tersembunyi agenda yang hanya Ashraf dan Lydia tahu. Dia memegang hujung rokoknya, menyedut dengan penuh ketenangan, dan menghembus asap perlahan-lahan sebelum bersuara.

"Selagi mereka masih hidup, mereka adalah ancaman. Kita tak boleh lengah. Kita musnahkan mereka sepenuhnya, atau mereka akan datang kembali," ujar Andres. Ada bayangan senyuman kecil di wajahnya, tapi Ashraf yang duduk tidak jauh dari situ hanya merasakan kebencian menyusur dalam dadanya.

Ashraf menggenggam erat tangan di bawah meja, ototnya menegang, tapi dia cuba menahan diri. Wajahnya kelihatan seperti tenang, tetapi di dalam, api kemarahan membara.

Dia tahu.

Dia ingat dengan jelas perbualan terakhirnya dengan Marcus sebelum lelaki itu mati dalam tangannya.

"Aku memang terpaksa ikut arahan Andres..."-Marcus.

Andres adalah pengkhianat. Dia tahu itu, tapi tiada seorang pun di sini sedar hakikat tersebut, kecuali Lydia.

Lydia yang duduk di belakang Andres, sedikit pun tidak memandang ke arah bosnya. Matanya tertancap pada Khairul yang duduk di sebelah Ashraf, wajahnya kelihatan berwajah tegas seperti biasa. Dia tahu rahsia besar itu, tetapi lidahnya kelu. Bagaimana mungkin dia boleh memberitahu Khairul bahawa ayahnya, Andres Diaz, sebenarnya pengkhianat kepada Kalpsiz?

Khairul pula, tanpa mengetahui pengkhianatan ayahnya, menatap kosong ke hadapan, tidak menyedari riak ketegangan yang semakin memuncak antara Ashraf dan Andres.

Ashraf menoleh sedikit ke arahnya, hatinya rasa bersalah. Khairul adalah sahabat baiknya, tetapi dia tak mampu memecahkan berita yang bakal menghancurkan dunia lelaki itu.

Di sebelah Ashraf, Danish duduk dengan tenang. Mata coklat cerahnya melirik ke arah Ashraf, menyedari ada sesuatu yang menekan sahabat baiknya itu. Dia tahu ada yang Ashraf sembunyikan, tetapi sekarang bukan masanya untuk bertanya. Dia hanya berharap Ashraf akan membuka mulut suatu masa nanti.

Iskandar pula duduk di sebelah Danish, wajahnya tenang seperti biasa. Otak liciknya bekerja memikirkan langkah-langkah seterusnya. Dia sentiasa melihat gambaran besar. Untuknya, pertempuran ini hanya satu langkah kecil dalam permainan catur yang lebih besar. Namun, pandangannya tak terlepas daripada memerhati Ashraf yang kelihatan semakin gelisah.

Ketika perbincangan dalam mesyuarat itu semakin mendalam, di luar bilik mesyuarat, Aira duduk dengan sabar menanti diluar bilik. Wajahnya kelihatan sedikit pucat, bibirnya diketap.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now