BAB35: RAWATAN

7 0 0
                                    

Ashraf membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya dari jendela yang tidak terlalu terang membuatkan dia terpaksa menyipitkan matanya seketika. Dia cuba mengawal emosinya dari memori yang datang dari tadi. Memori yang dia cuba lepaskan selama ini.

Kesedaran yang mulai muncul serta-merta menyedarkan dirinya akan sakit yang menjalar dari perutnya, tepat di tempat bekas tembakan. Rasa nyilu dan perih menyelubungi dirinya, tetapi dia masih dalam keadaan separuh sedar, kesakitan itu membuatkan pandangannya sedikit kabur.

Suara-suara dan gelak tawa samar-samar mulai terngiang di telinganya. Ashraf berusaha untuk mengumpulkan kesedaran, cuba menangkap maksud dari suara-suara itu. Perlahan-lahan, suara itu semakin jelas. Suara yang dikenalinya—Danish.

"Betul-betul, bro! Lepas tu, aku cakap kat dia, 'Kalau kau nak mati, jangan lupa pakai selipar dulu. Takut kau terkejut bila kena pijak lantai neraka nanti!'" Danish tertawa terbahak-bahak, bersungguh-sungguh bercerita sesuatu yang dia sendiri rasa lucu.

Iskandar dan Khairul yang duduk bersama di sofa dekat sudut bilik juga ketawa kecil, menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Bilik itu luas dan mewah, dindingnya dihiasi dengan panel kayu gelap, dan di sudut terdapat meja kecil dengan bunga segar. Cahaya lembut dari lampu di siling memberikan suasana yang tenang, namun masih tidak dapat menyembunyikan bau antiseptik hospital.

Dilengkapi dengan sofa kulit hitam, meja kopi dari kayu padu, dan sebuah TV layar lebar di dinding. Langsir berwarna neutral menambah suasana yang nyaman, membuatkan bilik itu lebih mirip suite hotel mewah daripada bilik hospital biasa.

Ashraf perlahan-lahan cuba menggerakkan badannya, tetapi rasa pening dan sakit di perutnya membuatkan dia menghentikan pergerakan itu. Dia kemudian perasan sesuatu yang hangat dan lembut di sisinya.

Matanya melirik ke arah tepi katil dan terlihat Aira yang sedang tidur dengan kepala bertumpu di tepi katil, rambutnya sedikit terurai, wajahnya kelihatan letih namun damai. Tubuh Aira diselimuti dengan jaket Danish, yang jelas dipakaikan untuk mengelakkannya daripada kedinginan.

Melihat pemandangan itu, Ashraf tersenyum lemah, perasaan kasih sayang terhadap isterinya semakin mendalam. Dengan lembut, dia mengusap kepala Aira, jari-jarinya menyisir rambutnya dengan penuh kelembutan.

Dalam diam, Ashraf merasakan kehadiran Aira di sisinya adalah satu-satunya hal yang membuatkan dia rasa tenang di tengah-tengah kekacauan hidupnya.

"Bayangkan aku dengan misai palsu! Lepastu..." Danish, yang sedang rancak berbual, tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila dia perasan Ashraf sudah membuka mata. Dengan serta-merta, dia menjerit, "Eh, Ash dah bangun!"

Serentak, Iskandar dan Khairul turut memandang ke arah Ashraf. Aira yang terkejut mendengar jeritan Danish terus terbangun dari tidurnya, mata hazelnya langsung terpaku pada suaminya. "Ash!" Aira berseru, matanya berkaca-kaca dengan campuran rasa lega dan risau.

Ashraf hanya menjeling ke arah Danish, geram kerana sahabatnya itu telah membangunkan Aira yang sepatutnya masih berehat. "Kau tak boleh senyap sikit ke? Aku baru nak tidur balik," gumam Ashraf perlahan, meskipun dalam hatinya dia bersyukur mendengar suara bising itu, tanda bahawa dia masih hidup dan dikelilingi oleh orang-orang yang dia percayai.

"Ash, kau okey tak?" Aira bertanya lembut, suaranya penuh dengan keprihatinan. Dia segera bangkit dari tempat duduknya dan memeriksa luka di perut Ashraf.

Ashraf mengangguk sedikit, "Aku okey, sayang... Luka kecik je," jawabnya lembut, nadanya jauh berbeza ketika dia bercakap dengan Danish tadi.

Iskandar yang duduk di sofa masih menatap Ashraf dengan pandangan risau. "Kau tak sedar dari semalam, Ash. Kami semua risau. Lepas pembedahan, kau terus tak bangun."

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now