Bab 62: PERSAHABATAN

7 0 0
                                    

Ashraf memutar rantai berbentuk rama-rama di tangannya, mengamati kilauan perak yang terpancar. Fikirannya kembali melayang pada malam perbualannya dengan Iskandar.

IMBAS KEMBALI

Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi bintang-bintang, Iskandar menarik nafas dalam, menghembuskan asap rokok perlahan-lahan. Wajahnya kelihatan tenang, tapi kata-katanya penuh makna. 

"Kau risau aku tak cukup kuat untuk jaga dia, Leo?" suara Ashraf rendah, tapi tegang, jelas menunjukkan beban yang ditanggungnya. 

Iskandar tersenyum kecil, sambil mendongak lagi ke langit malam yang luas. "Bukan soal kuat atau tak, Ash. Dunia kita ni..." dia berhenti sejenak, merenung jauh ke hadapan. "Penuh dengan bahaya. Kau yang bawa Aira masuk ke dalamnya. Kalau kau tak mampu jaga dia... lebih baik kau lepaskan."

Kata-kata Iskandar menyengat di hati Ashraf, seolah belati tajam yang menikam perlahan. Dia tahu niat sepupunya itu tidaklah jahat, hanya seorang sahabat yang cuba melindungi sahabatnya.

IMBAS KEMBALI TAMAT

Ashraf menggenggam rantai itu erat. 

"Aku takkan lepaskan dia, Leo. Aku akan pastikan Aira selamat... walau apa pun yang terjadi," tekadnya dalam hati, penuh keyakinan. Nyawa Aira lebih berharga dari nyawanya sendiri.

Tiba-tiba, telefon Ashraf berdering. Nama salah seorang anak buahnya yang sedang menjaga Raymond terpapar di skrin.

"Boss, Raymond dah sedar."

Tanpa berfikir panjang, Ashraf terus membelok keretanya, mengubah arah menuju hospital, meninggalkan niat asal untuk kembali ke pejabat.
——————————————————————————

Setibanya di hospital, Ashraf segera melangkah ke bilik Raymond, matanya tajam memerhati sekeliling. Di depan bilik, dua anak buahnya yang ditugaskan menjaga Raymond berdiri tegak. Mereka mengangguk hormat saat melihatnya mendekat.

"Macam mana keadaannya?" tanya Ashraf, suaranya rendah tapi penuh autoriti.

"Semuanya terkawal, boss. Dia dah stabil," jawab salah seorang daripada mereka, cepat dan ringkas.

Ashraf mengangguk sekali lagi sebelum membuka pintu bilik Raymond. Sebaik sahaja dia masuk, pandangannya tertuju pada lelaki yang sedang bersandar di katil, menatap kosong ke luar tingkap.

Raymond segera memalingkan wajahnya, dan sejurus melihat Ashraf, senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Bos," ucap Raymond lembut, dengan suara yang masih lemah tapi penuh penghargaan.

Ashraf cuba berlagak santai, menyembunyikan keresahannya. Dia menyandarkan badannya pada kerusi berdekatan katil. "Lama betul kau tidur, Ray. Berhari-hari," ujarnya, suaranya sedikit bergurau.

Raymond tergelak kecil, suaranya serak. "Dah lama aku tak dapat tidur nyenyak macam ni, Ash."

Ashraf tersenyum nipis. Dia memandang Raymond dengan pandangan penuh rasa syukur, tetapi masih ada sesuatu yang menyesakkan dadanya. "Apa doktor kata?" tanyanya, cuba mengalihkan topik sambil duduk dengan lebih selesa.

Raymond mengalihkan pandangannya ke arah Ashraf. "Doc cakap luka aku makin baik. Tak ada jangkitan. Tapi, aku tak boleh buat kerja berat lagi."

Ashraf hanya diam, fikirannya berputar kembali kepada saat Raymond hampir terbunuh. Parut di hatinya terasa pedih memikirkan bagaimana Raymond diseksa teruk, hanya kerana mahu melindungi rahsia yang paling dalam.

Rahsianya.

Raymond, orang kanan yang telah dia latih sejak remaja, sanggup menahan segala kesakitan demi melindungi Ashraf.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now