Petang itu, suasana rumah Ashraf terasa tenang setelah beberapa saat penuh dengan kesibukan. Ketika loceng rumah berbunyi, Aira yang sedang duduk bersantai di ruang tamu bersama Elizabeth, kucing kesayangan Ashraf, terkejut. Dengan perlahan, dia meletakkan Elizabeth di sofa dan menuju ke pintu, membuka dengan penuh rasa ingin tahu.
Dia terkejut melihat Raymond berdiri di hadapan pintu dengan kotak-kotak barang. Raymond tersenyum lebar. "Helo, Aira! Ashraf ada kat rumah ke?" tanyanya dengan nada ceria.
Aira menggeleng. "Oh, hai Raymond. Ashraf kata dia ada kerja hari ini, jadi dia pergi pejabat."
Raymond mengangguk faham. "Ok. Aku bawa barang-barang kau yang dia suruh ambik tadi." Dengan bantuan Aira, Raymond membawa masuk kotak-kotak yang penuh dengan barang-barang peribadi Aira ke dalam rumah. Dia meletakkan kotak-kotak itu di ruang tamu, berhampiran sofa.
Aira memandang kotak-kotak itu dengan rasa lega. "Terima kasih, Raymond. Awak memang sangat membantu."
Raymond tersenyum dan berkata, "Tak ada apa sangat. By the way, panggil aku Ray je. Dan ni, aku bawakkan kunci kereta kau. Aku dah parkirkan kereta kau depan rumah." Katanya sambil menunjukkan Honda Civic merah milik Aira.
Aira mengerutkan kening dan mengambil kunci kereta dari tangan Raymond. "Terima kasih banyak. Saya memang tak tahu macam mana nak uruskan semua ni tanpa bantuan awak."
Raymond mengangguk. "Sama-sama. Kalau ada apa-apa lagi, jangan malu untuk panggil aku." Kata Raymond sambil membuat isyarat panggilan ketelinga nya. "Aku nak pergi pejabat ni. Ada kerja yang perlu diselesaikan."
Aira melambai tangan sebagai tanda selamat tinggal sementara Raymond pergi ke teksi yang menunggunya di luar. Dia menutup pintu dan memandang sekeliling rumah yang baru dia tempati. Dengan tenang, dia mula mengemas barang-barangnya, mengaturkan segala sesuatu di tempat yang sesuai.
Selama proses itu, Aira merasakan kakinya semakin baik. Sakit yang dirasakannya semakin berkurang, dan dia berasa lebih selesa untuk bergerak. Elizabeth, kucing yang kini menjadi teman setianya, terus mengikutinya dari satu sudut ke sudut yang lain, seolah-olah kucing itu memahami bahawa Aira memerlukan teman dalam suasana yang baru ini.
Dia mengemas dengan penuh perhatian, memastikan setiap barang diletakkan dengan teratur. "Akhirnya, semua nampak makin teratur," bisiknya sambil menyusun buku-buku di rak.
Elizabeth melompat ke atas kotak yang sedang Aira kemaskan, dan Aira tersenyum. "Eh, sayang, jangan ganggu kerja mummy, ya?" katanya sambil mengusap kepala kucing itu.
Dengan hati-hati, Aira mengatur barang-barangnya, memastikan setiap item ditempatkan dengan baik. Dia mengambil masa untuk memastikan semuanya dalam keadaan yang baik dan kemas. Kadang-kadang dia berhenti sebentar, memandang sekeliling dengan senyuman puas. "Tak sangka, hidup aku akan berubah macam ni. Tapi rasanya, ini permulaan yang baik."
Dia memeriksa jam di tangan dan menyedari sudah lewat petang. Dengan itu, dia menuju ke bilik tidur, membuka kotak-kotak pakaian dan mengaturkannya di almari.
Aira melangkah masuk ke bilik Ashraf dengan hati-hati. Pintu kayu besar dengan ukiran yang rumit menyambutnya, dan saat dia membuka pintu itu, dia seakan-akan memasuki dunia lain. Bilik Ashraf adalah definisi kemewahan dan kekuatan yang digabungkan menjadi satu.
Dinding bilik itu dihiasi dengan panel kayu gelap yang digilap, memberikan kesan elegan dan mewah. Lampu chandelier kristal besar tergantung di tengah-tengah bilik, menyinari ruangan dengan cahaya lembut dan hangat. Di sudut kanan, terdapat sebuah meja kerja besar dari kayu mahogany dengan permukaan marmar hitam, dihiasi dengan peralatan tulis perak dan laptop yang terletak rapi.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...