Iskandar berkelip beberapa kali memandang syiling biliknya yang berwarna putih. Kemudian, dia menahan sakit untuk bangun dari pembaringannya. Luka dibahu dan di betis nya yang telah dibalut rapi ditatap seketika. Kemudian dia menguap sebelum mencapai tuala dan ke bilik mandi.
Beberapa minit kemudian, dia keluar sambil menggosok-gosok rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Hoodie hitam dan seluar track sudah elok tersarung ke tubuhnya. Dia tiada misi hari ini, tugas di pejabat juga tidak banyak, jadi dia berniat untuk bersantai sahaja dan masuk pejabat tengah hari.
Dia kemudian menuruni anak tangga untuk ke dapur, terasa haus mula menguasai tekaknya. Namun nampaknya sudah ada kejutan untuknya dibawah.
"Arghhh! Macam mana kau masuk rumah aku?!" Jeritnya sejurus melihat wajah sepupunya didapur.
"Well, melalui pintu, of course. Aku tak cukup gila untuk masuk rumah orang guna tingkap" Katanya sambil meneguk susu coklat yang baru diambilnya dari peti rumah Iskandar.
"Yes. Tapi kau memang gila untuk pecah masuk rumah orang pagi-pagi untuk minum susu coklat!" Marah Iskandar. Dia hampir sahaja membaling pisau kearah Ashraf tadi.
Ashraf hanya membuat muka kosong sambil mengambil sebiji epal diatas meja. Iskandar pula mengeluh. "Kenapalah mangkuk ni boleh jadi sepupu aku?"
Ashraf pula sudah menggigit epal tanpa rasa bersalah. "Kejap lagi Trev,Nish and Lys sampai. Diorang keluar beli breakfast"
"Hah? Kau datang memang nak berkelah dekat rumah aku ke?" Iskandar mula memicit batang hidungnya. Sakit kepalanya dengan perangai sepupunya.
"Yang kau tu? Apahal tak angkat call kami? Dari semalam Lys cuba hubungi kau, tapi tak dapat. Dah lah makan malam keluarga semalam pun kau tak datang. Lys risaukan kau, tahu tak?" Akhirnya panjang lebar Ashraf membebel.
Iskandar tersenyum nakal mendengar bebelan Ashraf. "Ye ke Lys yang risaukan aku? Kenapa aku rasa macam kau yang tengah risaukan aku" sengihannya mula diikuti dengan gelak kecil.
Ashraf menjeling tajam sepupunya. "Kau tak payah nak perasan sangat ye, tak de masa aku nak risaukan kau. Buang masa aku je" katanya sambil meneguk air kembali.
"Dah tu yang muka kau masam mencuka dari malam tadi kenapa?" Tiba-tiba suara Khairul mencelah, membuatkan Ashraf tersedak.
"Entah. Lepastu badmood sampai lah kita masuk rumah ni dan pastikan Leo ok, baru mood kau ok balik." Sambung Danish sambil meletakkan plastik yang mengandungi beberapa bungkus nasi lemak diatas meja.
"Apa yang korang merepek ni?" Ashraf cuba mempertahankan diri.
Alysaa dan Iskandar pula sudah melepaskan tawa.
Ya, Iskandar tahu Ashraf selalu memeriksa keselamatannya. Mereka mungkin bukan adik beradik, namun mereka telah membesar bersama sejak kecil. Lebih tepatnya, dia membesar bertiga, bersama Ashraf dan Arshad.
Dan selepas kematian Arshad, mereka saling menyokong satu sama lain untuk keluar dari masa silam dimana Arshad masih hidup. Mereka berlagak kuat dihadapan semua orang bersama. Walaupun sering bergaduh, jauh di sudut hati mereka adalah sebuah harapan dan tujuan yang sama, iaitu memastikan semua orang yang mereka sayangi selamat dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Dimata orang, mereka mungkin hanya sepupu. Namun pada hakikatnya hubungan mereka sudah lebih dari adik beradik. Hanya sahaja ego masing-masing agak tinggi.
"Tapi Leo, betul ke kau ok? Kenapa tak angkat call? Aku risau tau sebab last berbual, kau kata kau ada misi" Alysaa mula menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
"Oh sorry, fon aku habis bateri rasanya, pagi ni pun aku belum tengok fon"Kata Iskandar dengan senyuman kecil. " lagipun misi semalam misi simple je, settle dengan mudah je" Sambungnya menyedapkan hati Alysaa.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...