BAB 9: TERJUMPA LAGI

8 2 0
                                    

Di Syarikat AstraGlobal Trading

Ashraf duduk di pejabatnya, otaknya pening memikirkan masalah baru dalam syarikatnya. Dia baru sahaja selesai bertemu dengan ayahnya, Marco D'Valentini, yang juga merupakan CEO AstraGlobal Trading.

Marco D'Valentini, seorang lelaki yang tegas dan menakutkan kerana identiti rahsianya sebagai seorang mafia, memandang tajam ke arah anaknya. Wajahnya penuh ketegasan dan intimidasi.

"Ashraf Rizzi, kau dah tahu pasal berita viral tu kan?" tanya Marco dengan nada suara yang dingin. "Berita yang kata kau gay."

Ashraf mengangguk perlahan, suaranya tersekat di kerongkong. Semakin takut apabila nama penuhnya diseru. "Ya, ayah. Saya tahu."

Marco mendekati Ashraf, memandang tepat ke dalam matanya. "Kau perlu selesaikan masalah ni segera. Saham syarikat kita mula merosot sebab berita ni. Kau tahu apa kesannya pada perniagaan kita."

"Ayah, saya tak tahu macam mana nak selesaikan benda ni," balas Ashraf, suaranya bergetar. "Ini semua fitnah."

"Bukan masalah aku untuk fikirkan cara. Itu kerja kau!" Marco membentak, suaranya menggelegar di dalam bilik. "Kalau kau tak boleh selesaikan masalah ni, kau akan tengok betapa teruknya akibat yang kau akan tanggung."

Ashraf terdiam, rasa takut menjalar di seluruh tubuhnya. Dia tahu bahawa ayahnya tidak main-main. Marco D'Valentini adalah seorang lelaki yang tidak mengenal belas kasihan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan perniagaan mereka.

Kembali ke realiti, Ashraf memegang kepalanya yang terasa pening. Disebabkan fitnah viral itu, saham syarikat mula berkurang. Sebagai General Sales Manager, dia tertekan memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini.

Tiba-tiba, pintu pejabatnya terbuka dan abangnya, Ariz Riva D'Valentini, masuk dengan langkah angkuh. Ariz, yang memang selalu iri dengan Ashraf, mula mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Aku dengar kau ada masalah besar sekarang, Ash," kata Ariz dengan senyuman sinis. "Fitnah gay tu memang teruk, kan? Atau tu semua bukan fitnah?" Kata nya sinis.

" Are you insane? I'm straight, Riz!" Ashraf pantas mempertahankan diri.

Ariz tersenyum sinis memandang adiknya. "Macam mana kau nak selesaikan?"

Ashraf cuba bersabar dengan abangnya, tidak mahu menambah masalah. "Aku tengah fikirkan cara lah ni. Jangan tambahkan lagi tekanan aku."

Ariz mendekati Ashraf, masih dengan senyuman sinis. "Kau tahu, ada satu cara mudah untuk selesaikan masalah ni. Kau boleh kahwin je dengan Serra. Jelas sangat Serra suka kau."

Ashraf menggeleng kepala dengan tegas. "Hell no. Dalam banyak-banyak orang, kau suggest aku kahwin dengan budak tu?" Kata Ashraf.

Namun dia merasa cadangan abangnya tidaklah teruk. Jika dia berkahwin, fitnah itu akan selesai. Namun Serra bukanlah pilihan nya. Tetapi pilihan lain? Agak susah kerana dia sememangnya dingin dengan semua perempuan. "Dia baik, tapi dia bukan pasangan hidup yang aku cari."

Ariz ketawa kecil. "Kau ni memang degil. Serra tu pilihan yang terbaik untuk kau, dan kau tahu tu. Siapa lagi sanggup kahwin dengan mafia gila macam kau?"

Ashraf mengeluh. "Tak, Riz. Serra bukan untuk aku." Namun dalam hatinya dia akui, tiada gadis boleh 'handle' sikap nya yang dingin dengan perempuan dan ego tinggi.

Ariz menatap Ashraf dengan pandangan mengejek. "Ok, buatlah apa kau nak. Bukan masalah aku kalau ayah buat apa-apa dekat kau. Tapi kau kena jumpa klien dekat Taman Crystal petang ni." Katanya sambil memperingati. Klien itu sebenarnya klien Ariz, namun dia ada urusan lain jadi dia meminta Ashraf menggantikannya.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now