Dalam perjalanan balik, Khairul mengambil alih tempat pemandu, menekan pedal gas kereta Aston Martin DBS Superleggera dengan mahir. Lampu-lampu neon bandar Callesia memantul pada badan kereta yang berwarna hitam legam, memberikan kilauan yang misterius di malam yang sejuk. Jalan raya sunyi, hanya bunyi enjin kereta yang berdesing lembut mengiringi perjalanan mereka bertiga.
Di dalam kereta, suasana sedikit tegang namun santai, hingga Danish tiba-tiba memecahkan keheningan.
"Aku kena gi tandas! Sekarang! Kalau tak, boleh meletup ni!" Danish menjerit dengan suara panik yang terlalu dramatik, membuatkan Khairul dan Ashraf hanya mampu mengeluh.
"Serius lah kau ni, Nish. Kau dah besar kot, boleh tahan sikit tak?" Khairul mengomel sambil menekan pedal minyak, mencari tempat sesuai untuk berhenti.
"Aku ni manusia jugak, tahu?!" Danish menyambung sambil menggoyangkan badannya ke kiri dan kanan, seakan-akan itu dapat menahan desakan perutnya. "Cepatlah! Aku boleh mati kalau tahan lagi lima minit!" Danish berdrama, matanya membulat penuh keterdesakan.
Khairul menggeleng kepala, menekan pedal gas lebih dalam, sementara Ashraf duduk di sebelah, diam sambil merenung keluar tingkap.Malas mahu layan drama yang dibawa oleh Danish.
Akhirnya, mereka berhenti di sebuah pam minyak di pinggir bandar. Danish hampir terjun keluar dari kereta sebelum ia berhenti sepenuhnya. "Cepat sikit, Nish! Jangan buat drama kat sini," Khairul mengingatkan, namun Danish sudah hilang dari pandangan, berlari ke arah tandas dengan gaya yang begitu berlebihan.
Ashraf pula, mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam kedai serbaneka berhampiran pam minyak itu. Dengan hoodie biru gelap bertulisan 'Sleepy' yang dia pakai selepas menukar pakaian tadi, dia nampak lebih santai dari biasanya. Setelah memilih minuman kegemarannya, dia menuju ke kaunter untuk membayar.
Sejurus selepas dia keluar dari kedai, Khairul muncul tiba-tiba, menyekat langkahnya. "Shh...diam. Ikut aku." kata Khairul dengan nada yang tegang.
Mereka berdua menuju ke arah tandas, di mana Danish baru saja keluar dengan wajah puas. "Guys, aku rasa macam manusia baru lah! Rasa ringan macam bulu," katanya dengan terlalu ceria. "Kenapa? Apa yang berlaku?" tanya Danish dengan nada yang masih riang, tetapi suaranya cepat dipotong oleh Khairul yang memberi isyarat untuk diam.
Mereka bertiga menyelinap ke arah sebatang pokok besar berhampiran, bersembunyi dalam bayang-bayangnya. "Black Serpents," Khairul berbisik, suaranya tegang. "Aku terdengar perbualan diorang tadi. Diorang baru balik dari kilang senjata yang kita letupkan tadi dan sedang cari kita. Tapi aku hairan, macam mana diorang boleh tahu pasal misi kita? Sepatutnya tak ramai yang tahu."
Ashraf memandang Khairul dengan kening terangkat, "Ini kali kedua. Kau rasa ada pembelot dalam kalpsiz?"
"Tak mustahil," Khairul menjawab, nadanya serius. "Kita perlu berhati-hati."
"Aku rasa kita patut lawan. Aku takkan lari dari diorang, Black Serpents bukan kuat sangat pun." Ashraf menyatakan dengan tegas, matanya bersinar dengan keyakinan yang selalu ada pada dirinya.
Khairul menggeleng. "Masalahnya, kita di tengah-tengah bandar. Kalau orang nampak kita bergaduh, habislah nama AstraGlobal Trading."
Setelah menunggu beberapa minit yang dirasakan lama, Khairul memutuskan untuk bergerak. "Biar aku check line dulu. Korang duduk diam, jangan buat hal."
"Kitorang mana pernah buat hal," Danish menjawab dengan senyuman, tetapi nada suaranya menyiratkan maksud sebaliknya.
.................
Masa yang berlalu terasa sangat perlahan. Danish mula mengeluh, "Weh, lama sangat lah si Trev tu. Entah-entah dia dah kena, kita kena cari dia ni!"
"Aku rasa biar dia buat kerja dia, macam lah kau tak kenal Trev tu macam mana. Setakat ular negro tu, easy je bagi dia." Ashraf cuba menenangkan sambil suka hati menggelar musuhnya 'ular negro' memandangkan Black Serpents membawa maksud 'ular hitam'. Tetapi Danish sudah pun bersiap-siap untuk keluar.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...