Aira tiba di rumah ibunya dan segera merasakan ada yang tidak kena. Halaman yang biasanya rapi dipenuhi dengan pasu bunga yang pecah berserakan.
Jantungnya berdegup kencang ketika dia mendekati pintu rumah dan mendengar suara bising dari dalam. Suara mamanya, Puan Sarah yang menjerit, dan suara adik lelakinya, Afiq, yang mengerang kesakitan, membuatkan dia menggigil.
Tanpa berfikir panjang, dia terus menerjah masuk dan pemandangan di dalam rumahnya adalah sebuah mimpi ngeri.
Aira terkaku seketika apabila melihat tiga orang lelaki bertubuh sasa berada di ruang tamu rumah. Dua daripada mereka sedang membelasah Afiq yang terbaring di lantai, sementara Puan Sarah cuba menghentikan mereka dan ditolak dengan kasar.
Lihat pada penampilan sahaja sudah jelas mereka adalah mafia! Suasana sepi sejenak. Ketiga-tiga mafia itu memandang ke arah Aira yang terkaku di depan pintu.
"Wow. Who is this pretty girl?" Kata salah seorang lelaki itu lalu berjalan mendekati Aira.
"Lari Aira!" Suara Puan Sarah membuatkan Aira sedar yang dia perlu bertindak.
Ketika tangan lelaki yang mendekatinya hampir menyentuh rambutnya, Aira pantas mengelak dan berlari kearah mama dan adiknya.
"Akak, bukan ke akak dengan abang dah settlekan hutang papa dengan mafia Kalpsiz tu?" Kata Afiq yang cuba menahan sakit."Memang dah settle, kami dah bayar semua. Sepatutnya diorang takkan kacau kita dah." Tipu Aira. Hanya dia dan Aiden sahaja yang tahu, bahawa hutang itu dibayar dengan Aiden yang bekerja dengan mereka.
"Kalpsiz? Hahaha. Kau ingat kami dari geng lemah tu ke? Kami dari Devil Snake! " Kata salah seorang lelaki itu sambil menunjukkan tatu ular berkepala dua di tanganya.
Aira menelan air liurnya yang terasa kelat. ' wait, why does another mafia came to our house? Don't tell me..' Hatinya cuba menidakkan kemungkinan terburuk yang sedang berlaku kini.
Aira menarik nafasnya dalam-dalam, cuba untuk bertenang. 'Aiden is on his way, i just need to buy some times' bisiknya sambil mengerling ke belakangnya, melihat Puan Sarah sedang memeluk Afiq.
"Apa korang buat kat sini? Kami tak pernah libatkan diri dengan Devil Snake!" Aira bersuara berani.
Ketiga-tiga mafia itu ketawa setelah mendengar kata-kata Aira. "Tak pernah libatkan diri? Kau tahu tak, Ayah kau yang bodoh tu dah pinjam duit dengan kitorang, lepastu lari!" Kata-kata dari salah seorang mafia itu membuatkan Aira tersentak.
Apa yang difikirkannya adalah benar. Aira mengetap gigi dan mengepal penumbuknya menahan marah.
"Apa kau cakap ni? Ayah aku dah lama mati. Tolong jangan kacau keluarga aku" Kata Aira dengan nada yang sedaya upaya cuba dikawal.
Sekali lagi, ketiga-tiga mafia itu ketawa." Kau ingat kami bodoh ke? Kami dah siasat latar belakang ayah kau, pretty girl" Kata salah seorang mafia itu lalu mula berjalan mendekati mereka.
"Kalau kau tak nak kami kacau keluarga kau, apa kata kami ambik kau jadi cagaran?" Seorang lagi mafia mula turut mendekat.
Aira berundur setapak demi setapak. Sejujurnya dia sangat takut. Namun untuk lari, sangatlah mustahil dengan kondisi adiknya yang lemah kini.
"Aku akan bayar berapa pun yang lelaki tak guna tu berhutang dengan korang. Just bagitahu aku berapa dan aku akan usahakan bayar." Kata Aira. Namun tiada jawapan dari mereka yang semakin mendekat. "Just leave for now, please" Suara Aira mula bergetar.
Mafia itu kemudian menarik pergelangan tangan Aira dengan kuat sehingga Aira mendekatinya. "Kau fikir kau siapa nak buat perjanjian dengan kami? Hanya kami yang boleh tentukan siapa yang perlu bayar dan dengan cara apa perlu dibayar" Katanya dengan senyuman sinis.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...