Aira melangkah ke sana ke mari di ruang tamu, bayangan Ashraf yang tidak pulang sejak semalam terus menghantui fikirannya. Setiap detik yang berlalu membuat hatinya semakin resah. "Dia ok ke? Terlibat dengan apa-apa ke?" Fikirannya mula berputar, membayangkan berbagai kemungkinan buruk yang mungkin menimpa suaminya.
Dia memandang mesejnya dengan Ashraf semalam.
—————————-
* Annoying Beast *"Jangan tunggu aku. Aku balik lewat. Minum teh, tidur awal." - Ashraf
"Ok" - Aira
Bluetick- Ashraf
—————————-
Dia menghela nafas berat. Dia hanya menjawab secara ringkas semalam tanpa banyak tanya. Ego nya masih tinggi walaupun Ashraf sudah bergelar suaminya. 'Sekurangnya aku tahu dia masih hidup.' Itulah yang difikirkannya semalam. Tetapi hari ini, resah apabila Ashraf tidak pulang."Macam mana kalau dia cedera parah macam hari tu?" gumamnya sendirian. Panik menguasai dirinya. "Alamak. Aku kena cari dia!" Langkahnya semakin laju, seolah-olah mahu keluar mencari Ashraf, tapi tiba-tiba dia tersentak.
"Apa aku merepek ni?" Aira berhenti dan cuba menenangkan diri. "Sukahati dia lah hidup ke mati. Dia tu kan mafia?" Tiba-tiba rasa marah dan benci membanjiri dirinya. Dia mengingatkan dirinya lagi, bahawa dia bencikan mafia. Ashraf tak sepatutnya bermakna apa-apa bagi dirinya.
Namun, seiring dengan fikirannya yang berkecamuk, bayangan lain datang menyusup ke dalam benaknya. Ayahnya. Ya, ayahnya yang telah menyebabkan semua kekacauan dalam keluarganya. Aira geram, dan tekad untuk mencari ayahnya dan membalas dendam semakin kuat di dalam dadanya.
"Kalau geng mafia Devil Snake tu serang aku dan keluarga dekat rumah, maksudnya orang tua tu masih di Callesia. Di suatu tempat..." Suara hatinya berbisik keras, membuatnya semakin bulat dengan niatnya. Tekadnya semakin kuat. Aira merasakan lonjakan adrenalin yang membawa keazaman dalam dirinya.
Di sudut ruangan, Elizabeth, kucing kesayangan rumah itu, memandang tajam seolah-olah dapat merasakan perubahan emosi tuannya. Perlahan-lahan, Elizabeth mendekati Aira, menggeselkan tubuhnya yang lembut pada kaki Aira, seolah-olah ingin memujuk.
Aira tunduk dan mengusap kepala Elizabeth dengan lembut. "Mommy ok, sayang," bisiknya, Namun, dalam hati, badai kebencian dan tekad terus berkocak.
Dia mengambil keputusan untuk terus bekerja seperti biasa di hospital, mungkin untuk melupakan seketika semua yang membebani fikirannya. Namun, bayangan-bayangan itu tidak pernah benar-benar hilang.
Aira cuba mengalihkan perhatiannya kepada tugas-tugasnya. Setiap pesakit yang datang dilayani dengan penuh perhatian, tapi fikirannya sering melayang. Namun begitu, suasana tiba-tiba berubah.
Beberapa pesakit kecemasan dikejarkan ke wad dalam keadaan parah, membuatkan Aira berlari ke bilik rawatan. Salah seorang pesakit adalah seorang lelaki yang kelihatan seperti baru terlibat dalam pertempuran sengit.
"Apa yang berlaku?" Aira bertanya kepada salah seorang petugas paramedik yang tiba bersama pesakit.
"Dia ditembak, nampaknya kes pergaduhan besar. Ada orang jumpa dia di lorong belakang bar di pusat bandar."
Aira merasakan sesuatu yang tak kena. Perasaan tidak enak itu semakin membesar dalam dirinya. Mungkinkah ini berkaitan dengan dunia mafia yang Ashraf terlibat?
Dia cuba fokus merawat pesakit itu, tetapi hatinya tidak tenang. Ketika dia menekan luka di dada lelaki itu untuk menghentikan pendarahan, lelaki itu membuka matanya dan menarik nafas panjang. Matanya bertemu dengan Aira, dan dalam keadaan separuh sedar, dia membisikkan sesuatu.
"Mostro..."
Aira terkaku. Nama gelaran itu sangat dikenalinya. Mostro, raksasa. Nama yang sering disebut dalam bisikan-bisikan gelap di dunia bawah tanah. Ashraf.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...