"Aira, kahwin dengan aku"
Masa seolah- olah terhenti apabila ayat gila itu keluar dari mulut makhluk bernama Ashraf Rizzi D'Valentini ini.
Membulat mata Aira apabila mendengar idea yang tidak pernah tercapai dek akal sihatnya itu. " What! Are you out of your mind?!" Kata Aira dengan suara yang agak kuat.
"Shhh. Lower your voice. Aku serius, aku nak ajak kau kahwin dengan aku, Aira Damia" Ashraf cuba menenangkan Aira yang tiba-tiba menguatkan suara. "Nah. Aku beli cincin."
---------------------------------------------------------------
Beberapa Jam Sebelumnya:
Ashraf merenung skrin laptop di hadapannya, membaca setiap butir maklumat yang telah diselidik oleh anak buahnya. "Aira Damia, umur 24 tahun, pekerjaan: Doktor," dia membaca perlahan, kemudian menyambung kepada laporan yang lebih mendalam.
"Ray," panggil Ashraf kepada anak buahnya yang setia.
"Yes, bos," jawab Raymond sambil berdiri tegak.
"Aku nak kau siasat lagi tentang Aira Damia. Semua maklumat, sekecil apa pun, aku nak tahu." Kata Ashraf tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin laptop.
Ray mengangguk. "Baik, bos. Saya akan usahakan secepat mungkin."
Ashraf mengeluh perlahan, memandang foto Aira dalam kaca skrin itu. Otaknya keliru memikirkan bagaimana gadis bermata hazel itu seperti mudah melemahkan egonya. "Kau ni penuh misteri, miss doctor."
---------------------------------------------------------------
Di Hospital:
Pada petang yang sama, Ashraf melangkah masuk ke hospital tempat Aira bekerja. Dia menunggu di lobi, menarik perhatian ramai dengan kehadirannya yang karismatik dan penuh aura misteri.
Aira keluar dari bilik rehat, terkejut melihat Ashraf berdiri di sana. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal perasaannya.
"Apa kau buat kat sini?" tanya Aira dengan nada dingin.
"Aku nak jumpa kau. Kita perlu berbincang," jawab Ashraf, matanya tajam memandang ke arah Aira.
Aira mencebik, marah dengan kehadiran Ashraf. "Aku tak ada masa nak layan kau sekarang. Kau tak nampak ke aku tengah sibuk?" katanya dengan nada yang masih dijaga.
Ashraf menarik nafasnya, cuba bersabar. " This is important Aira Damia."
Aira agak terkejut apabila Ashraf menyeru nama penuhnya. 'Wait, how did he know my name?' Bisik hatinya.
"Jom bercakap sekejap" Desak Ashraf.
" Kalau kau tak pergi dari wad ni sekarang, aku panggil security" Ugut Aira dengan pandangan tajam.
Aira berpaling dan melangkah pergi dengan hati yang membara. Perbuatan Ashraf semalam, menolak permintaannya walaupun dia sudah merendahkan ego, masih tersemat di hatinya.
Ashraf mengetap gigi, menahan geram. Dia akhirnya beredar dari wad itu namun dia tetap berdiri luar hospital, menunggu.
Perbualan dengan ayahnya semalam mula berputar dalam kotak ingatan kembali.
Flashback:
Ashraf menunggang motornya ke arah markas keluarga D'Valentini dengan hati yang berdebar-debar. Sepanjang perjalanan, dia menunggang Ducati Panigale V4, motor kesayangannya, sambil memakai helmet hitam yang menutupi sebahagian besar wajahnya.
Angin yang menerpa mukanya tidak mampu menghilangkan perasaan gugup yang menyelubungi dirinya. Ketika tiba di hadapan mansion besar itu, dia memberhentikan motor, menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri sebelum melangkah masuk.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...