BAB25: KERESAHAN TERSEMBUNYI

8 1 0
                                    

Keadaan di markas mulai tenang. Aira duduk di antara Fasha dan Alysaa, bermain kad sambil sesekali tertawa kecil. Perlahan-lahan, dia mula merasakan kehangatan persahabatan dalam kelompok ini. Walaupun hatinya masih benci pada dunia mafia, dia tak mampu membenci mereka yang ada di sekelilingnya sekarang. Mereka bukan sekadar mafia, mereka sahabat, walaupun dengan segala kekurangan mereka.

Dia mulai membuat pengecualian. Mungkin dia boleh benci mafia lain, tetapi tidak mereka. Mereka adalah keluarganya sekarang, walaupun dia masih memendam dendam membara terhadap ayahnya yang mengkhianati keluarganya dahulu.

Khairul duduk di sudut, matanya tertumpu pada telefon, sesekali tersenyum kecil membaca sesuatu sambil minum kopi. Di hadapannya, Ashraf dengan tenangnya membaca buku tentang saham. Serra masih berada di tingkat atas, tidak tahu bahawa Ashraf, Danish, dan Khairul sudah pulang ke markas.

Danish pula, dengan gaya cerianya seperti biasa, keluar dari dapur dan membawa biskut untuk semua orang. "Hey, siapa nak cookies?" tanyanya sambil masuk dengan senyuman lebar, memegang pinggan yang penuh dengan cookies yang masih hangat.

Fasha dan Alysaa menyambutnya dengan senyum lebar. "Kau ni Nish, semua benda kau boleh masak."Fasha menyambut huluran pinggan Danish.

Danish hanya mengangkat bahu, "Nak buat macam mana, aku ni memang lelaki yang perfect, boleh buat semua benda." Dia mula riak. "Rugi lah kalau orang tak hargai lelaki macam aku~" sambungnya sambil memberikan Alysaa satu lagi pinggan dengan gaya penuh santai. Tetapi dengan maksud yang tersembunyi dari tatapannya pada Alysaa.

"Haah, rugi sangat. Rugi tak dapat tengok lelaki yang menjerit macam perempuan bila nampak katak." Ashraf mencelah dan diikuti tawa semua yang lain.

Aira hanya memerhati, dia masih cuba mengenali lebih dalam semua yang berada disitu. Kemudian dia melihat pinggan yang ada banyak biskut itu. "Habis ke ni?"

"Jangan terkejut, Aira. Si Danish ni selalu lapar je keje. Perut dia macam tong sampah" Alysaa mula mengusik Danish.

"Ya, Aira. Percaya atau tak, dia boleh rasa lapar walaupun baru setengah jam lepas makan!" Sambung Iskandar pula dan mereka semua ketawa.

"Fasha~ aku nak jugak coklat kau, jangan cakap kau dah habis kan" Danish mula merengek pada Fasha, menukar topik perbualan. 'Asyik aku je kena serang'

"Kalau belum habis pun aku tak nak bagi." Kata Fasha sambil menggigit biskut Danish.

"Alah, jangan lah kedekut! Aku nak segigit je!" Danish masih meminta.

"No! Segigit kau tu besar macam lohong hitam. Silap-silap haribulan, jari aku skali kau telan" Kata Fasha lalu melepaskan tawa bersama yang lain.

Danish hanya memuncungkan mulutnya. Misi memujuk gagal.

Khairul kemudian menghampiri meja mereka dan melihat Danish dengan pandangan yang tajam dan penuh perhatian, tetapi matanya segera tertumpu pada Fasha. Wajahnya melembut, dan tanpa berkata apa-apa, dia duduk di sebelah adik perempuannya, memastikan semuanya baik-baik saja. Dia memang terkenal dengan sifat "siscon" yang dia sembunyikan dengan rapi.

'Ish. Ingat aku usik adik dia lah tu' bisik hati Danish apabila matanya bertembung dengan Khairul tadi.

"Ash! Jom lah makan!" Ajak Iskandar apabila Ashraf masih tidak bergerak dari tempatnya.

"Aku tak lapar!" Balas Ashraf namun matanya tidak lekang dari buku. Sesekali dia mengerling telefonnya, menanti balasan mesej dari anak- anak buahnya. Dia telah menghantar mesej kepada beberapa anak buahnya untuk berhati-hati. Entah kenapa hatinya terasa ada yang tidak kena apabila maria dan paul diserang tadi.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now