Aira Damia melangkah keluar dari kereta mewahnya dan menghirup udara pagi Callesia yang segar. Angin dingin menyapu rambutnya yang terurai di bahu, membuatkan helaian-helaian halus itu terbang bebas seketika.
Dia memakai blouse satin berwarna biru pastel yang lembut, dengan lengan panjang dan berlipat di pergelangan. Blouse itu dipadankan dengan skirt labuh berwarna putih yang membelai pergelangan kakinya setiap kali dia berjalan. Sepasang kasut tumit rendah berwarna nude melengkapkan penampilannya yang sederhana tetapi elegan. Aira mengenakan tas tangan kecil dari jenama terkenal, tersangkut kemas di lengannya.
Penampilannya yang anggun dan menawan menarik perhatian beberapa pejalan kaki yang lalu lalang, namun Aira tidak peduli. Dia sudah biasa menjadi perhatian, baik kerana kecantikannya mahupun statusnya sebagai isteri Ashraf Rizzi D'Valentini.
Dia membuka pintu kaca sebuah kafe dan masuk ke dalam, melangkah ke arah meja kosong yang telah ditempahnya. Suasana kafe yang tenang dengan bau kopi segar dan muzik jazz lembut di latar belakang membuatkan Aira berasa santai.
Dia mengambil tempat duduk di meja tepi tingkap, meletakkan tas tangannya di atas meja, dan mengeluarkan telefon bimbit dari dalamnya. Sementara menunggu kehadiran Evalynn, sahabat baiknya, Aira membuka aplikasi mesej.
——————————————————————————
*Iskandar (Leo)*"Macam mana Ash? Dah reti duduk berehat ke belum" -Iskandar
Aira tersenyum kecil, mengetuk layar telefon dengan pantas.
"Reti berehat? Hah! Mimpi jelah. Kalau dia boleh duduk diam seminit pun, aku terkejut. Dia tu macam duracell, tak habis-habis tenaga." - Aira
"Hahaha. Bunyi macam dia semakin teruk je. Nasib baik kau ada, Aira. At least dia ada orang untuk kawal dia." - Iskandar
"Kawal tu memang tak lah. Nak tampar je rasa. But, yeah, aku ada. Nak tengok sampai mana dia boleh keras kepala." -Aira
——————————————————————————Aira mengeluh perlahan, walaupun dia tahu Iskandar hanya bergurau, hatinya tetap berat memikirkan Ashraf yang sentiasa berkeras hati. Namun, sebelum dia dapat teruskan fikirannya, sebuah suara ceria menyapanya dari belakang.
"Aira!"
Aira segera mengangkat wajah, melihat Evalynn melambai dengan senyuman manis yang menghiasi wajahnya. Evalynn berjalan ke arah Aira, gaya jalannya bertenaga seperti biasa.
Dia mengenakan gaun sundress berwarna merah terang yang menyerlahkan kulitnya yang cerah, dan sepasang kasut tumit tinggi berwarna hitam. Rambut ikalnya yang hitam lebat dibiarkan terurai, dan sepasang anting-anting perak yang bergemerlapan melengkapkan penampilannya.
Eva benar-benar kelihatan seperti model, tidak mengejutkan kerana ibu dan kakaknya adalah model terkenal.
"Eva! Finally!" Aira berdiri dan memeluk Evalynn erat-erat, melepaskan rindu setelah berbulan-bulan tidak berjumpa.
"I'm so sorry, Aira. I couldn't make it to your wedding. Pagi ni pun, flights got delayed, sakit otak aku rasa." Eva berkata. "By the way, aku tetap gembira untuk kau, bestie!" Evalynn memandang Aira dengan penuh makna.
"It's okay, Eva. Aku faham. Apa khabar? How was your trip? Tell me everything!" Aira menarik Evalynn duduk di kerusi di hadapannya.
Pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka, dan mereka memesan kopi dan beberapa pastri. Sementara menunggu pesanan tiba, Evalynn mula bercerita dengan penuh semangat.
"Well, kau takkan percaya apa yang jadi masa aku balik Callesia. Keluarga aku tinggalkan aku kat airport! Bayangkan, aku berdiri kat situ dengan beg aku, tunggu-tunggu, and then I realized, they left without me. Diorang ingat aku naik kereta lain," Evalynn berkata sambil tertawa kecil, walaupun jelas ada sedikit kekecewaan di matanya.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...