Ashraf tiba di rumah lewat malam setelah seharian berurusan dengan pelbagai hal di pejabat dan markas. Setelah membuka pintu, matanya menangkap bayangan Aira yang tertidur di sofa sambil memeluk erat Elizabeth, si kucing kesayangan yang serba mewah dan manja itu. Tanpa sedar, bibir Ashraf melengkung sedikit, senyuman yang jarang-jarang muncul di wajahnya yang selalu kelihatan serius.
Dia berjalan ke dapur untuk mengambil segelas air. Saat dia membuka peti sejuk, mata Ashraf tertangkap pada sebuah kotak makanan yang diletakkan di atas meja makan. Kotak itu sama dengan yang Serra bawakan tadi, tapi Ashraf mendapati nota kecil yang melekat di atasnya. Dengan satu tangan, dia membuka tali lehernya sambil membaca nota tersebut.
"Untuk Ashraf, makanlah ni. Aku beli yang paling sedap di AFC. Kau takkan menyesal, aku janji!"- Aira.
Ashraf menatap nota itu dengan perasaan bercampur. Walaupun dia tahu dirinya tak gemar makanan segera, hati kecilnya tergerak untuk mencuba apa yang Aira beli. Ada sesuatu tentang kesungguhan dalam nota itu yang membuatnya tak sampai hati untuk mengabaikannya.
Esok paginya, Aira terbangun di atas katil, tidak lagi di sofa. Dia mengerutkan dahi, teringatkan dirinya yang tertidur di ruang tamu malam tadi. Melihat sekeliling, dia sedar Ashraf telah mengangkatnya ke dalam bilik semalam. Dia menoleh ke arah Ashraf yang masih nyenyak tidur di sebelah. Dalam diam, dia memerhatikan wajah Ashraf yang tenang dalam tidur. "Hensem juga dia ni," bisiknya perlahan, tanpa sedar ada senyuman kecil di bibirnya. Kemudian Ashraf bergerak sedikit, seolah-olah mendengar bisikan Aira.
Aira segera bangun, risau ditangkap merenung wajah Ashraf. Pipinya tiba-tiba terasa panas. Kemudian dia pergi bersiap untuk memulakan hari. Perasaannya sedikit bercampur. Semalam mereka bertengkar, namun tiada antara mereka melontarkan kata maaf. Namun dia memilih untuk berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku, seolah-olah perasaannya tidak terusik.
Setelah Aira selesai mandi, dia turun ke dapur untuk membuat sarapan. Beberapa minit kemudian dia melihat Ashraf yang sudah bersiap. Aira terpaku sejenak ketika Ashraf melangkah menuruni tangga. Mata biru lautnya tampak lebih tajam di bawah sinar lampu, seolah-olah menyimpan ribuan rahsia. Dia mengenakan jaket kulit hitam yang meluncur sempurna di atas kemeja hitam tanpa corak, membuatnya terlihat begitu gagah dan misterius. Sarung tangan kulit hitam tanpa jari membungkus tangannya, memberikan cengkaman yang kuat dan menambah kesan berbahaya pada penampilannya. Setiap langkah yang diambilnya terasa berat namun mantap, seluar hitam yang disarung rapi dan but kulit yang kuat melengkapkan sosok seorang pemimpin yang bersedia menghadapi apa saja. Aira hanya mampu menelan air liur, menyadari betapa Ashraf bukan sekadar seorang suami di depannya, tetapi seorang yang tak dapat diteka di dunia yang gelap dan penuh bahaya. Setelah beberapa ketika, Aira menyambung buat air kopi, cuba mengawal riak terpana nya.
Sambil-sambil mengacau air, Aira perasan bungkusan makanan yang dia beli di AFC telah kosong. Ashraf benar-benar makan walaupun lelaki itu tak suka fast food.
"Kau habiskan makanan tu?" Aira bertanya dengan nada sedikit sinis, tetapi ada secubit harapan yang terselip dalam nada suaranya.
Ashraf mengangguk kecil. "Makanan tu... ok jugak. Aku makan sebab kau yang beli," katanya dengan suara rendah, namun nadanya jujur.
Aira terkejut mendengar pengakuan Ashraf. Satu kebiasaan yang tak pernah dia sangka dari seorang Ashraf yang selalu dingin dan sukar dijangka.
"Lagipun aku lapar sangat semalam, sebabtu habis." Sambung Ashraf, cuba 'cover' kejujuran yang terlucut dari mulutnya tadi.
Aira hanya tergelak kecil seraya meletakkan cawan kopi dihadapan Ashraf. Kemudian dia berlalu ingin ke dapur untuk buatkan sarapan pula namun niatnya terhenti apabila Ashraf menarik pergelangan tangannya. Dia menoleh kembali, memandang si suami yang sedang menatapnya.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...