Rumah Aira:
Aira termenung di biliknya, memikirkan cara terbaik untuk memberitahu abang kembarnya, Aiden, tentang perkahwinan yang dirancangnya. Dia tahu ini bukan berita yang mudah diterima. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menulis senarai alasan kenapa dia perlu berkahwin, berharap ia akan membantu dia memberi penjelasan yang lebih baik.
Tidak lama kemudian, Aiden mengetuk pintu rumah Aira berkali-kali. Dia sudah benjanji untuk minum petang bersama Aira hari ini. Aira membuka pintu dengan senyuman manis.
"Awalnya balik kerja hari ni?" Tanya Aiden sambil melirik jam tangannya. 4:47 pm.
"Haah, hari ni tak banyak pesakit, jadi Aira tinggalkan selebihnya dekat doktor praktikal." Kata Aira sambil berjalan ke dapur, membuatkan teh untuk dia dan abangnya.
Aiden pula mengambil pinggan dan meletakkan goreng pisang yang dibelinya ke dalam pinggan lalu dibawa keluar, ke balkoni.
Selepas beberapa minit, Aira keluar dengan dua cawan teh. Dia menyerahkan satu cawan kepada Aiden dan duduk disebelah Aiden. "Kerja abang ok ke sekarang? Stress tak hari ni?" tanyanya dengan tenang.
Aiden mengerutkan dahinya. Hairan dengan soalan tiba-tiba Aira. Aira pula hanya memandang abangnya dengan riak biasa. "Ok je, abang tak de luka pun dalam misi hari ni" Kata Aiden sambil menyuapkan goreng pisang yang masih panas ke dalam mulutnya. Kemudian mula kalut dengan goreng pisang yang masih didalam mulutnya. Panas!
Aira tergelak melihat telatah abangnya. Sedikit sebanyak, hatinya menjadi tenang.
"Oh ya, pasal Devil Snake tu. Abang ada mintak tolong orang dalam Kalpsiz. Dia kata nak fikirkan cara. Tapi perlukan masa sebab Devil Snake ni licik sikit." Katanya tiba-tiba serius. "Sementara tu, kita cuma perlu berharap Devil Snake tak datang cari pasal dengan keluarga kita dalam masa terdekat ni" Kata Aiden sedikit lemah semangat.
"Don't worry. Masalah tu akan selesai nanti." Kata Aira selamba sambil menghirup teh nya.
Aiden mengangkat sebelah keningnya. "What do you mean?"
Aira baru tersedar yang dia tidak sepatutnya memberitahu abangnya tentang itu. " Err... Nothing. Just hoping"
Aiden memasang riak tidak percaya.
"Abang baru habis misi, mesti penat kan? Nak Aira picitkan bahu?" Bertambah pelik Aiden dengan sikap Aira.
"Aira Damia, what happend? Apa yang Aira sembunyikan dari abang?" Tanya Aiden dengan nada tegas.
"Nothing. It's just... I have something to tell you." Akhirnya Aira memulakan langkah. Aiden hanya menunjukkan isyarat 'apa?'
Aira menarik nafas dalam-dalam. "Aira...Aira nak kahwin."
Aiden terdiam, memandang Aira dengan mata terbeliak. "Kahwin? Dengan siapa? Sejak bila Aira ada kekasih?" tanyanya, suaranya penuh dengan kekeliruan dan sedikit panik.
Aira menggeleng kepala. "Itu rahsia. Nanti Aira kenalkan."
Aiden berdiri, memandang Aira dengan tegas. "Aira,serius ke ni?Kahwin bukan benda main-main, Aira. Siapa lelaki tu?"
Aira tetap berkeras. "I'm serious, Aiden. Tapi siapa dia tu rahsia."
Aiden mendesak, "Aira, ini bukan main-main. Abang risau. Aira tak boleh kahwin dengan orang yang abang tak tahu siapa."
Aira masih berkeras. "Aiden, percayalah. Aira tahu apa yang Aira buat. Abang akan tahu bila tiba masanya."
Aiden menghela nafas panjang, masih tidak puas hati. "Abang tak suka Aira simpan rahsia macam ni." Kemudian dia menatap mata hazel milik adiknya. "Tapi kalau Aira dah buat keputusan, abang harap Aira betul-betul tahu apa yang Aira buat."
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...