Dalam perjalanan pulang , Ashraf, Aira, Iskandar, Danish, dan Luca menaiki sebuah Bentley Bentayga milik Danish yang berwarna keemasan. Suasana dalam kereta terasa sedikit janggal, terutamanya bagi Aira yang duduk diam di sebelah Ashraf.
Danish duduk disebelah Ashraf, memenuhi barisan belakang, manakala Iskandar duduk di sebelah Luca yang memandu.
Ashraf memandang Aira disebelahnya namun apabila mata mereka bertembung, Aira terus memandang keluar tingkap. Dia seperti tidak percaya yang dia benar-benar telah terlibat dalam dunia mafia.
Terus dia teringatkan Aiden yang dipaksa oleh keadaan untuk mengabdikan diri dalam dunia kejam ini. 'Aku tahu dunia mafia memang kejam, tapi tengok sendiri perang yang baru berlaku tadi, buatkan aku lagi risaukan Aiden.' Bisik hatinya.
Ashraf mendengus apabila Aira langsung tidak mahu memandangnya. Egonya terasa tercabar apabila Aira langsung tidak berterima kasih atas perlindungannya malah menjadi dingin dengannya. Rambutnya yang terjuntai ke dahi dikuak kebelakang.
Danish yang dari tadi memerhati mula tersenyum.
"Hei Ash, kau guna syampu jenama apa do?" usik Danish sambil tersenyum sinis. "Rambut kau tetap nampak macam dalam iklan, padahal kita baru lepas perang."
Iskandar pula menambah, "Yelah, rambut aku pun dah macam penyapu lidi ni, tapi rambut Ash tetap on point weh. Mesti ada rahsia ni."
"Haah weh! Rambut aku pun dan serabai gila ni! Ke sebab kau ada aura pengantin baru ni~" Danish pula menyambung sambil menggosok-gosok rambutnya.
Ashraf menggelengkan kepala, senyumannya penuh kesabaran. "Aku rasa rambut korang dah rosak ni, apa kata botakkan je terus. Luca, ade pencukur tak?"
"Err. Tak de Ash. Tapi pisau ade, nak?" Balas Luca yang sedang memandu dengan senyuman.
"Haa.. Ok jugak. Boleh aku kikis sekali otak diorang yang dah berkarat ni" Balas Ashraf dengan senyuman jahat.
Gulp. Terus telan air liur Iskandar dan Danish. "Oi Luca, baik kau jangan bagi dia pisau. Kalau tak, aku potong gaji kau!" Kata Danish yang mula seram dengan senyuman jahat Ashraf. Tangannya secara drastik memegang pintu. Bersedia terjun kalau-kalau Ashraf menyerangnya.
Luca yang melihat Danish memegang pintu dengan ekor matanya terus mengunci pintu. "Woi! Kau memang dah lama rancang nak bunuh aku ke Luca!" Marah Danish yang kaget pintu terkunci.
"Haa... dah cari pasal dengan aku, lepas tu tahu pulak takut!" Ashraf akhirnya melepaskan tawa, suka melihat sahabatnya yang berubah penakut.
Iskandar dan Luca juga turut melepaskan tawa.
"Kau ketawa apa Leo! Kau pun join sekali kan tadi!" Marah Danish.
"Eh, aku tak de usik dia. Aku puji je, kan Ashraf yang hensem lagi bergaya~" Kata Iskandar dengan nada berlagu.
"Banyak lah kau punya puji. Kau tu 2x5 je dengan budak senget ni" Kata Ashraf sambil mengetuk kepala Danish dengan belakang pistolnya.
Iskandar sekali lagi melepaskan tawa.
"Auch. Sejak bila kau pegang pistol tu?" Kata Danish sambil mengusap kepalanya.
"Sejak awal lagi, nasib baik peluru aku dah kosong je tau. Kalau tidak dah hilang nyawa kau hari ni" Bebel Ashraf.
"Nampaknya nyawa aku panjang lagi, bolehlah aku teruskan legasi buaya darat aku!" Kata Danish sambil ketawa.
"Muka macam penyapu lidi, ada hati nak jadi buaya darat!" Kata Ashraf dan kemudian diikuti gelak tawa Iskandar dan Luca. Danish memutarkan bola matanya keatas.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...