Ashraf masih terbaring kaku di katil hospital, nafasnya perlahan dan tidak stabil. Wajahnya kelihatan pucat, seperti kehilangan warna hidup.
Walaupun keadaan stabil, racun striknin yang mengalir dalam tubuhnya telah melemahkan segala tenaga. Mata birunya tertutup rapat, tanda dia masih belum sedar.
Aira duduk di sisinya, menggenggam tangan Ashraf erat-erat. Setiap kali dia memandang wajah suaminya yang kini tidak bermaya, perasaan bersalah menikam hatinya seperti belati tajam.
Air mata mula menggenang di mata, tetapi dia menahan, tidak mahu menangis di hadapan Ashraf. Ini semua salahnya. Jika dia lebih berjaga-jaga, lebih waspada, Ashraf tidak akan berada dalam keadaan begini.
"Maafkan aku, Ash..." Aira berbisik perlahan, suaranya serak kerana menahan tangis. Dia membelai lembut tangan Ashraf, seolah-olah sentuhannya boleh menghilangkan racun itu. "Aku sepatutnya sembuhkan kau... bukannya macam ni..."
Danish yang berdiri di tepi pintu melihat keadaan Aira. Dia mendekati Aira, meletakkan tangannya di bahu wanita itu dengan lembut. "Aira, ini bukan salah kau. Ashraf akan baik-baik saja. Kau dah buat yang terbaik untuk dia," Danish berkata, cuba menenangkan.
Aira menggelengkan kepalanya perlahan, air matanya mula jatuh ke pipi. "Tapi dia percayakan aku, Danish... dan aku hampir kehilangan dia..." suaranya bergetar, jelas dengan rasa bersalah yang mendalam.
Danish menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya juga. "Ash memang keras kepala, tapi dia kuat. Dia akan lawan racun tu," jawabnya dengan yakin. Dalam hati, Danish sendiri risau, tetapi dia tidak mahu menambah beban di hati Aira.
Telefon bimbit Danish tiba-tiba berdering, memecah keheningan bilik itu. Dia segera menjawab panggilan itu tanpa meninggalkan sisi Aira.
"Ya, Leo. Ada apa?" Danish bertanya, nadanya masih tenang.
Di hujung talian, suara Iskandar kedengaran. Tenang seperti biasa. "Aku dah jumpa lokasi Lys. Dia ditahan di sebuah gudang lama di kawasan perindustrian di luar bandar," katanya, tanpa rasa cemas. "Jangan risau, penculik tu cuma amatur. Alyssa boleh selesaikan sendiri kalau macam ni."
Danish menghela nafas lega. "Baguslah kalau macam tu. Hilang satu beban dalam otak aku."
"Satu beban? Kanak-kanak ribena macam kau pun ada banyak beban ke?" Tanya Iskandar dihujung talian.
Danish mengeluh kecil. Mata coklatnya menatap Ashraf seketika. "It's nothing. Aku just fikir banyak benda kebelakangan ni."Danish mengelak untuk memberitahu keadaan Ashraf pada Iskandar buat masa ini.
Iskandar ketawa kecil. "Ok then. But actually, aku nak mintak tolong kau ni"
Danish mengangkat sebelah keningnya. "Apa dia?"
"Aku ada janji dengan Ariz dan Trev. Kami kena jumpa dekat markas Diaz. Ada urusan dengan Viper." Kata Iskandar dengan suara yang lebih serius.
"Hah? Isn't he dead? Kau ada urusan apa dengan orang mati? Kalau hantu dia datang macam mana?" Kata Danish sambil berjalan keluar dari bilik Ashraf, risau Aira seram mendengar perbualan mereka.
Iskandar melepaskan tawa kecil. "No, silly. Dia belum mati. Ariz just tembak ubat tidur dekat dia hari tu. Dia salah satu ketua kumpulan Bloodies Gang, rugi kalau bunuh dia dengan mudah."
Danish menelan air liurnya. Dari ayat dan suara Iskandar sahaja dia sudah boleh membayangkan wajah seram Iskandar. Mata birunya yang seolah-olah bercahaya dalam gelap, senyuman menakutkan yang bermain dibibir nya dan ekspresi liciknya yang jelas boleh menakutkan ramai orang.
"Well, aku tak terkejut sangat Ariz buat macam tu. Dia memang suka fikir benda jauh ke depan." Balas Danish setelah batuk kecil untuk membetulkan suaranya.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...