Aira meletakkan telefon bimbitnya di atas kaunter dapur. Rumah Aiden yang sunyi itu memberinya sedikit ketenangan, walaupun hanya seketika. Matanya menatap kuali di atas dapur yang sedang dipanaskan. Dia cuba fokus memasak, namun fikiran masih terganggu oleh kata-kata Azril siang tadi.
"Nanti jadi salah faham pulak... awak tahu macam mana orang boleh salah anggap kalau tak tahu cerita sebenar. Orang faham lain, dan buat andaian sendiri sedangkan kebenarannya jauh berebeza dari sangkaan diorang." Kata-kata itu terngiang di telinganya, mengetuk-ngetuk hatinya.
'Tak mungkin Ashraf sekejam itu...' Sebahagian dirinya tetap mahu mempercayai lelaki itu, walaupun keraguan masih beraja.
Aiden melangkah masuk ke dapur, memandang adik kembarnya yang berdiri kaku di situ. Wajah Aira jelas menunjukkan beban fikiran yang sedang ditanggung.
"Aira," tegurnya lembut. "Kau okay ke? Dah ready nak cerita kat abang apa masalah kau dengan Ashraf?"
Aira melepaskan nafas berat, melirik sekilas ke arah Aiden. "Abang akan tahu... bila Ashraf sampai nanti." Tangannya kembali mengacau spaghetti carbonara di dalam kuali, cuba mengalih fokus.
Aiden terdiam seketika, matanya tajam memerhati pergerakan Aira. "Kau ajak Ashraf datang sini?" soalnya, nada suara sedikit serius.
"Ya," jawab Aira tanpa teragak-agak. "Kami perlu berbincang. Dan abang kena dengar juga." Suaranya tegas. Dia terus memasak tanpa menoleh ke arah Aiden.
Aiden menghela nafas panjang. Dia hanya memerhati dari tepi, matanya tidak lepas dari gerak-geri adik kembarnya. 'Apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka?' Hatinya masih bingung dan penuh persoalan.
Sementara Itu
Ashraf memegang erat stereng keretanya. Jalan raya yang lengang memberi ruang untuk fikirannya melayang, mencari cara terbaik untuk menjelaskan segalanya pada Aira. Hatinya berkecamuk.
Malam kejadian itu, dia telah memegang Aizat... darah Aizat membasahi tangannya. Dia ingat Aizat sudah mati serta-merta. Dia tidaklah pula sempat memeriksa nadi Aizat, tetapi mata Aizat sudah terpejam. Namun, daripada kata-kata Aira, jelas sekali seperti dia meninggalkan Aizat yang masih bernyawa.
"Arghh..." Ashraf mengeluh panjang, rasa penyesalan menguasai hatinya. Kenangan malam itu kembali menghantui, membawa bersama trauma kematian Arshad. Sakitnya menusuk ke dalam jiwa, membuat mentalnya semakin kacau.
Tiba-tiba, telefon bimbit di kerusi sebelah berbunyi. Nama 'Trev' tertera di skrin. Ashraf menekan butang hijau dan terus meletakkan panggilan di pembesar suara.
"Ash! Danish kena serang!" suara Khairul kedengaran cemas di hujung talian. "Aku tak tahu siapa yang serang dia, tapi aku syak Bloodies Gang!"
Ashraf tersentak. Jantungnya berdegup kencang. "Dekat mana?!" dia menyoal, suaranya meninggi.
"Jalan atas jambatan Castelo. Aku dapat kesan lokasi telefon dia kat situ!" Khairul membalas dengan nada panik.
Ashraf menekan brek mendadak, keretanya berhenti mengejut di tepi jalan. Nasib baik tiada kenderaan lain di situ malam ini. Dia memandang ke hadapan, melihat dua simpang di hadapannya. Ke kiri menuju rumah Aiden, tempat Aira sedang menunggunya. Ke kanan pula, menuju lokasi Danish.
Dia terpaksa memilih.
Mengeluh berat, Ashraf memejamkan mata sejenak. Fikirannya bercelaru. Akhirnya, dia memutar stereng ke kanan. Danish. Dia perlu utamakan keselamatan sahabatnya, barulah dia boleh jelaskan segala-galanya kepada Aira nanti.
Sambil memandu, dia segera menghubungi Aiden. Panggilan berdering seketika sebelum disambut oleh suara Aiden yang terdengar sedikit pelik. "Ashraf? Jangan kata kau lupa jalan ke rumah aku? Rasanya kau dah datang banyak kali dengan Trev dulu," getus Aiden, hairan.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...