Di pejabat Lydia
Di pejabat Lydia yang terletak di tingkat yang lebih tinggi, pintu diketuk perlahan. Khairul melangkah masuk setelah mendapat izin. Lydia, dengan senyuman lembut yang selalu membuatkan hatinya tenang, menjemputnya duduk di kerusi berhadapan meja kerjanya.
Pejabat Lydia sederhana besar, dengan dinding kaca yang menghadap pemandangan kota yang sibuk. Namun, di tengah-tengah kesibukan dunia luar, di dalam bilik itu terasa suasana yang hangat dan tenang, seakan-akan dunia mereka berdua terpisah dari segala hiruk-pikuk luar. Ditambah dengan bau lavender yang membuatkan sesiapa sahaja tenang dan nyaman.
Lydia sedang merapikan beberapa dokumen yang berselerak di atas mejanya. "Khai" dia menyapa Khairul dengan nama panggilan yang hanya dia gunakan, "kita perlu selesaikan beberapa perkara yang Marco suruh kita uruskan tadi. Aku dah semak semula dokumen yang kita bincangkan dalam mesyuarat."
Khairul mengangguk, mengambil tempat di hadapan Lydia. "Ya, aku rasa kita kena cepatkan urusan ni sebelum masalah ni jadi lebih besar. Kita tak boleh biarkan isu penghantaran ke klien baru di Asia Tenggara terganggu lagi."
"Betul, boleh kau semak semula dengan department logistik tentang inventori yang mereka ada?" Kata Lydia dengan mata yang tidak lepas memandang Khairul.
Khairul menghela nafas panjang, sambil matanya yang lembut namun penuh keyakinan bertemu dengan pandangan Lydia. "Aku dah bercakap dengan diorang tadi. Ada beberapa barang yang tertahan di pelabuhan. Kita perlu cari alternatif untuk pastikan barang sampai tepat waktu. Kalau tak, kita mungkin akan kehilangan klien besar."
Lydia mengangguk lagi, wajahnya penuh fokus. "Ok, aku akan atur pertemuan dengan pihak pelabuhan. Kita tak boleh biarkan ini berlarutan. Tapi ada satu lagi hal yang aku risau..."
Khairul melihat Lydia dengan serius, "Apa dia?"
"Ada masalah dengan operasi kita di Amerika Selatan. Aku dapat laporan yang beberapa kargo hilang tanpa jejak. Kau tahu apa-apa tentang ni?"
Khairul kelihatan berfikir sejenak sebelum menjawab, "Aku dah dengar khabar angin tentang tu, tapi tak de bukti kukuh lagi. Kita kena pastikan operasi kita di sana dipantau dengan lebih teliti. Mungkin kita perlu hantar pasukan audit untuk semak semula semua dokumen yang berkaitan."
Lydia memandang Khairul dengan penuh kepercayaan. "Aku setuju. Kita tak boleh biarkan apa-apa mengganggu operasi syarikat. Kau uruskan bahagian Asia Tenggara, aku akan fokus pada Amerika Selatan. Kita perlu laporkan perkembangan kepada Marco secepat mungkin."
Khairul mengangguk setuju. "Betul tu. Kita perlu pastikan setiap laluan dipantau dengan rapi. Aku akan pastikan pasukan aku di bahagian logistik siap siaga. Kau pula, kena pastikan semua penghantaran berjalan tanpa sebarang masalah. Terutama sekali dengan rakan kongsi baru dari Rusia."
Lydia mengangguk, wajahnya penuh tumpuan. "Jangan risau. Aku dah rancang beberapa langkah pencegahan. Aku akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk pastikan setiap penghantaran diawasi ketat."
Khairul melepaskan nafas kecil, seolah-olah menanggung beban besar. "Itu yang aku suka tentang kau, Lydia. Sentiasa berfikir jauh ke depan."
Lydia mengangguk, tersenyum tipis. "Baik, kita akan buat yang terbaik. Marco percayakan kita, jadi kita tak boleh kecewakan dia."
Setelah perbincangan kerja selesai, suasana di antara mereka berdua berubah menjadi lebih santai. Lydia menyandarkan badannya di kerusi, melepaskan helaan nafas yang panjang. "Khai, kadang-kadang aku rasa dunia kita ni terlalu mencabar. Kau pernah terfikir tak... kalau hidup kita lebih mudah, mungkin kita boleh luangkan lebih banyak masa bersama?"
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...