BAB 39: MOMENT BERHARGA

6 0 0
                                    

Ashraf Rizzi D'Valentini telah sedar dari komanya, dan selepas beberapa hari, kesihatannya bertambah baik. Hari ini, dia akhirnya boleh keluar dari hospital.

Aira yang membawanya pulang, kelihatan sedikit gelisah dan masih diselubungi rasa bersalah. Mereka duduk di dalam kereta, menuju rumah.

Suasana dalam kereta itu senyap, hanya diiringi bunyi deruan enjin dan desiran angin. Ashraf duduk di tempat penumpang, memandang ke luar tingkap dengan wajah kosong, seolah-olah merajuk. Aira menjeling sekilas ke arah suaminya, mencari-cari kata untuk memecah kesunyian.

Ketika kereta berhenti di lampu isyarat merah, Aira menarik nafas panjang sebelum membuka mulut. "Ash, kau nak makan apa? Nanti aku masakkan." Suaranya lembut, mencuba untuk mengambil hati Ashraf.

Tiada jawapan. Ashraf masih diam, matanya tetap terpaku di luar.

"Kau tak rindu Elizabeth ke?" Aira mencuba lagi, merujuk pada kucing peliharaan mereka. "Aku ada balik isi makanan dalam mesin automatik dia. Dah nak habis."

Namun, Ashraf masih membisu, seolah-olah kata-katanya tidak sampai ke telinga Ashraf. Aira menggigit bibir, cuba mengawal sabar.

"Kau nak balik rumah terus ke? Atau nak singgah markas trio dulu? Atau rumah Lys?" Aira cuba mencadangkan beberapa pilihan, berharap Ashraf akan memberi sebarang respon.

Tetap senyap. Ashraf seperti tenggelam dalam dunianya sendiri, tidak memberi perhatian pada Aira.

"Ashhhhh..." Aira memanggil namanya panjang, sedikit merayu, menanti reaksi dari lelaki di sebelahnya. "Ashraf..." Dia cuba lagi.

Akhirnya, Ashraf menjawab, tanpa menoleh padanya. "Aira"

Aira segera berpaling ke arahnya, teruja kerana akhirnya Ashraf memberi respon. "Lampu dah hijau. Kau nak buat jalan ni macam jalan bapak kau ke?" Ayat Ashraf serta merta mematikan senyuman Aira.

Ashraf menjeling ke arahnya dengan wajah kosong, namun di dalam diam dia menyembunyikan senyuman kecil yang hampir terbit di bibir. Aira mendengus sambil menekan pedal minyak, memandu semula.

Setibanya di rumah, Ashraf terus melangkah ke ruang tamu dan duduk di sofa. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya, menatal skrin, menghantar mesej kepada dua orang anak buahnya untuk menjaga Raymond yang masih belum sedar. Aira memerhatikannya dari pintu dapur, menghela nafas perlahan.

Kenangan zaman remaja menyelinap masuk dalam fikiran Ashraf. Dia teringat akan saat-saat bersama Raymond, anak buah yang setia di bawah jagaannya.

Flashback

Raymond ketika itu baru berumur 16 tahun, sebaya dengan Alysaa, adik Ashraf. Sudah hampir setahun Raymond menjadi sebahagian dari hidupnya, dan Ashraf mengambilnya di bawah sayapnya, melatihnya menjadi lebih cekap.

"Ray, aim lebih baik lagi. Jangan hanya fokus pada sasaran, tapi perhatikan persekitaran," Ashraf mengarahkan sambil melangkah ke belakang Raymond yang sedang memegang pistol. Di lapangan latihan yang terpencil itu, hanya ada mereka berdua.

Ashraf mengajar Raymond cara menembak dengan tepat, dan Raymond semakin mahir. Setiap tembakan semakin mendekati pusat sasaran.

"Macam ni, Ash?" Raymond menoleh, bertanya dengan mata bersinar penuh semangat.

Ashraf yang biasanya dingin, tersenyum kecil dan mengusap kepala Raymond. "Bagus, kau cepat belajar. Sama macam Lys."

Raymond mengangguk, senyum lebar terhias di bibirnya. "Bila aku dah mahir, aku akan jadi apa, Ash?" tanyanya.

"Apa-apa saja yang kau nak, ada banyak cabang kau boleh buat dalam dunia gelap ni. Contohnya jual senjata haram. Kalau kau nak lagi mencabar, kau boleh jadi pembunuh upahan. Macam aku." balas Ashraf. "Cuma pastikan kau tahu akibatnya. Jalan ni tak ada undur, Ray."

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now