BAB 27: NEXT STEP

14 1 0
                                    

Aira membuka matanya perlahan-lahan, melihat ke arah siling yang tinggi di atasnya. Cahaya lembut pagi meresap masuk melalui celah-celah langsir, membelai lembut wajahnya yang masih diselubungi kehangatan selimut.

Udara pagi itu sejuk, tetapi hatinya terasa hangat. Terlalu hangat, seolah-olah ada sesuatu yang mendesak di dalam dirinya, sesuatu yang membuatkan dia merasa tenang tetapi juga gelisah dalam masa yang sama. Siling diatasnya perlahan-lahan menjadi latar kepada debaran jantungnya yang masih tidak stabil.

Syiling itu tampak seperti kanvas kosong, tempat di mana kenangan malam tadi tergambar kembali, sedikit demi sedikit, seperti satu lukisan yang semakin jelas. Aira menghela nafas panjang, cuba menenangkan perasaan yang bercampur baur dalam dirinya. Perlahan-lahan, serpihan memori semalam mula bersatu di kotak fikirannya.

Kejadian demi kejadian mula muncul kembali dalam ingatannya seperti bingkai-bingkai gambar yang bergerak pantas. Suara ledakan yang menggema di telinganya, kepanikan yang menghantui hatinya, dan akhirnya... pengakuan cinta Ashraf.

Aira memejamkan matanya lagi, kali ini lebih erat. Kata-kata Ashraf terngiang-ngiang dalam kepalanya, seakan-akan suara itu masih hidup dan berbisik lembut di telinganya. "Aku cinta kau, Aira. Dan aku tak akan paksa kau balas perasaan aku." Suara itu penuh ketulusan, penuh kejujuran yang selama ini sukar dia bayangkan keluar dari lelaki yang selama ini begitu keras dan dingin.

Seketika, Aira tersentak dari lamunannya. Ingatannya membawa dia kembali kepada detik selepas ledakan itu.

Flashback

Ashraf mengutip telefonnya yang telah dicampakkan di atas tanah tadi. Retak, namun masih berfungsi. Lalu dia menelefon sepupunya, Iskandar. Menceritakan segalanya.

Tidak lama kemudian, Iskandar, bersama Danish dan Khairul, tiba dengan wajah penuh kebimbangan. Mereka bertiga begitu cemas melihat keadaan Ashraf dan Aira.

"Apa yang jadi, Ash?" Khairul bertanya dengan nada suara yang serius, matanya tidak berkelip memandang sahabatnya.

"Aku tak tahu, kereta tu meletup tiba-tiba. Nasib baik Aira keluar beli air..." jawab Ashraf, matanya melirik ke arah Aira yang masih kelihatan terguncang.

"Aira, banyaknya darah! Kau cedera ke?" Iskandar kalut melihat baju Aira banyak darah.

"Eh tak. Ni bukan darah aku. Tapi darah Ash..." Laju Aira membetulkan tekaan Iskandar sambil melirik kearah Ashraf. "Aku tak cedera langsung" Kali ini suaranya agak perlahan. Sedar yang dia baru sahaja terlepas dari kemalangan tragis.

Darah-darah itu datangnya dari Ashraf yang dari tadi memeluknya.

"Ash, tangan kau...." Belum sempat Danish menghabiskan ayatnya, Ashraf sudah memotong. "Aku ok. Luka biasa je ni."

"Jom, kitorang hantar korang balik. Bahaya kalau kita tetap dekat sini sekarang. " Kata Iskandar pula.

Setelah tiba dirumah Ashraf, Danish turut turun dan mengikuti Ashraf dan Aira sehingga dihadapan pintu rumah.

Danish menawarkan diri untuk memeriksa kembali pengera keselamatan di rumah mereka. "Aku risau kalau ada masalah dengan pengera yang aku pasang. Kita tak boleh ambik risiko. Ada yang dah targetkan kau."Dia memeriksa pengera keselamatan dengan teliti, memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Setelah berpuas hati, Danish meminta diri. Dia risau jika meninggalkan Alysaa, Fasha dan Serra lama-lama. Waktu sekarang sangat kritikal untuk Kalpsiz, mereka semua terancam!

End Flashback

Sekarang, di sinilah Aira, duduk di atas katil, cuba mencerna semua yang telah berlaku. Tiba-tiba, ingatan yang paling mengejutkan melintas di fikirannya, kejadian selepas itu.
——————
Aira, yang masih tergoncang dengan kejadian itu, terpaksa menguatkan diri untuk merawat luka-luka Ashraf yang tercalar ketika cuba menyelamatkannya. Suasana saat itu agak tegang, tetapi sebaik saja Aira mula membersihkan luka Ashraf, ketegangan di antara mereka sedikit demi sedikit menghilang, digantikan oleh kehangatan yang aneh dan menenangkan.
———————
Aira menelan air liurnya, matanya terbuntang luas ketika ingatan tentang kejadian selepas itu menerpa dirinya dengan tiba-tiba. "Oh.My.God..." bisiknya perlahan.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now