BAB 12: PERSIAPAN

11 2 0
                                    

Ashraf dan Aira tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Dengan hanya sehari yang tinggal, mereka sibuk menguruskan pelbagai perkara. Di dalam kereta, Aira cuba untuk memujuk Ashraf agar menangguhkan tarikh perkahwinan mereka.

"Ashraf, tolonglah, kita tangguhkan tarikh perkahwinan ni. Esok terlalu rushing, walaupun kita dah buat perjanjian," kata Aira, nada suaranya memohon.

Ashraf berkeras. "Tak boleh, Aira. Kita tak ada masa lagi. Makin cepat kita kahwin, Makin cepat masalah ni selesai."

Aira geram. "Kenapa kau tak boleh faham? Ini perkahwinan, bukan benda main-main!"

Ashraf memandang Aira dengan tajam. "Aku faham, tapi ni keputusan yang terbaik. Kita tak boleh tangguh lagi."

Pertengkaran mereka semakin hangat di dalam kereta, kedua-duanya saling tidak mahu mengalah. Mereka sama-sama keras kepala dan degil.

"Kau memang suka buat keputusan tanpa fikir perasaan orang lain ke?" suara Aira mula meninggi.

"Perasaan orang lain? Kau tengok muka aku ni macam orang yang hadap sangat ke dengan perasaan orang lain? Lagipun kau jugak yang merayu mintak perlindungan aku hari tu!" balas Ashraf, marah.

"Habistu kau pun sama kan! Tanpa aku, kau takkan boleh hapuskan fitnah kau!" jerit Aira.

Ashraf terus ketawa dengan kuat. "Kau ingat aku tak boleh cari orang lain ke? Dengan rupa dan kekayaan aku, ada ramai lagi perempuan yang tengah tunggu peluang keemasan macam kau ni tahu tak! Kau tu je yang tak reti hargai peluang!" Katanya dengan senyuman sinis.

Aira mengetap gigi, geram dengan sifat riak Ashraf. " Dah tu kenapa dalam ramai-ramai perempuan tu kau pilih aku? Pergi lah pilih perempuan lain!" Bentak Aira.

"Kenapa aku pilih kau? Senang je. Aku spin a wheel" Balas Ashraf selamba. Walaupun pada hakikatnya, dia sendiri tidak tahu jawapan dari soalan Aira. Matanya tidak lekang dari jalan.

Membulat mata Aira mendengar alasan Ashraf. " Kau gila ke! Kau tentukan masa depan kau dengan spin a wheel?!"

Sekali lagi Ashraf tersenyum sinis. "Lepas kau jadi isteri aku, kau boleh tengok perangai aku yang laaagi gila, Aira Damia" Kali ini dia memandang mata Aira walaupun hanya sekejap. Kemudian fokus ke pemanduan semula.

Walaupun hanya seketika, sepasang mata biru Ashraf yang penuh pesona itu tetap berjaya membuatkan jantung Aira berdegup kencang. Aira juga hairan dengan jantungnya yang tiba-tiba berubah rentak.

"Look, aku bukannya nak kita batalkan terus perkahwinan ni. Aku just nak kita tangguhkan dulu. Bagi aku masa untuk bersedia!" Aira tidak mahu mengalah. Dia terus mengabaikan ayat yang baru sahaja dituturkan Ashraf tadi.

Ashraf mengeluh, cuba menahan sabar. " Aira, aku takkan ubah fikiran aku. ESOK KITA KAHWIN. Full stop." Katanya dengan menekankan perkataan 'esok kita kahwin'

"Tapi..." belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, Ashraf terlebih dahulu memotong.

" Tak de tapi-tapi, tak de koma, tak de tanda soal. Just Full Stop! Baik kau senyap sebelum aku campakkan kau dalam sungai ni" ugut Ashraf ketika mereka melalui jambatan melepasi sungai.

Aira tersenyum menyenget. "You wouldn't dare." Katanya dengan yakin.

"Oh yeah? Then try it and see if I dare or not" Kata Ashraf dengan riak serius.

Aira terdiam, tetapi hatinya masih memberontak. Setelah beberapa saat yang penuh dengan ketegangan, mereka akhirnya tiba di rumah mama Aira.

Setibanya di rumah, Ashraf mula berpura-pura mesra dan baik dalam hubungan mereka. Dia membawa buah tangan berupa kotak besar berisi kek dan buah-buahan.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now