BAB47: GELORA HATI

5 0 0
                                    

Suasana dalam bilik terasa berat, sama seperti perasaan yang menyelimuti Ashraf saat ini.

Marcus, yang Ashraf percayai selama ini, seorang lelaki yang dianggap seperti abang, kini terungkap sebagai pengkhianat. Pengkhianatan itu terlalu menyakitkan, menyerap seluruh semangat dalam dirinya.

Ashraf menyandarkan badannya pada dinding, nafasnya terasa berat. Matanya yang sebiru lautan kelihatan kosong, jauh, seolah-olah hilang dalam ingatan yang menghantui.

Khairul duduk di sebelahnya, menyapu ubat pada tangan Ashraf yang sedikit luka. "Ash, kau tak boleh terus macam ni," katanya perlahan, cuba menenangkan sahabatnya. "Aku tahu ni berat, tapi kau kena ingat... kami ada untuk kau."

Danish, yang duduk di sofa berdekatan, menyokong. "Betul, Ash. Kau kena kuat. Kalpsiz perlukan kau, kami perlukan kau." Dia menyentuh bahu Ashraf, cuba memberi semangat.

Namun Ashraf hanya diam, pandangannya masih kosong. Dalam kepalanya, wajah Marcus terus berputar. Bagaimana mungkin orang yang selama ini dia percayai, boleh menjadi pengkhianat?

"Ash..." Iskandar pula bersuara. Dia sedang merawat luka di tangan Aira yang masih pengsan di sebelahnya, mungkin kerana terkejut, atau mungkin kerana tidak makan sejak semalam.

Matanya memandang tajam Ashraf, penuh rasa simpati. "Aku tahu susah untuk terima apa yang Marc buat... tapi kau kena fokus. Ini bukan masa untuk hilang arah."

Ashraf mengeluh, menundukkan kepalanya. "Aku... Aku tak boleh percaya... Marcus... dia sanggup buat aku macam ni? Sanggup khianat aku? Khianati Kalpsiz."

Iskandar berhenti menyapu ubat pada tangan Aira, menarik nafas dalam-dalam. "Pengkhianatan paling perit datang dari orang yang paling kita percaya, Ash. Tapi kau kena bangkit. Kita kena hadap benda ni sama-sama."

Tiba-tiba, Aira tersedar dari pengsan. Dia menggerakkan kepalanya perlahan, dan matanya yang kusam kembali terbuka. Melihat itu, Ashraf terus bangun, mendekatinya dengan cemas.

"Aira! Syukurlah... kau sedar..." Ashraf menarik Aira dalam pelukan yang erat, rasa lega meresap ke dalam dirinya. Tangannya menggenggam kuat tubuh kecil itu, seolah-olah dia takut Aira akan hilang lagi.

Namun, Aira hanya membalas pelukan itu tanpa emosi. Matanya kosong, wajahnya kaku tanpa reaksi, tanpa kata. Dia tidak menangis, tidak marah, tetapi tidak juga menunjukkan kasih.

Iskandar pula menunduk, cuba menyembunyikan perasaannya. Dia sedar, perasaannya pada Aira semakin kuat, tapi dia tahu itu hanya boleh dia pendam.

Aira adalah isteri sepupunya, dan dia tak boleh biarkan dirinya hanyut dalam perasaan yang salah. Namun, setiap kali dia melihat Ashraf dan Aira, hatinya terasa seperti ditikam perlahan-lahan.

"Aira..." Ashraf bersuara perlahan, cuba mencuri perhatian Aira, tapi Aira tetap acuh tak acuh.

"Aku... aku nak ke dapur," kata Aira akhirnya, nadanya hambar. Dia bangun perlahan, cuba untuk pergi.

Khairul, yang memerhati dari tadi, cepat-cepat menghalang. "Biar aku yang ambikkan air untuk kau. Kau baru je bangun, rehat dulu."

Aira menggeleng, suaranya tetap dingin. "Tak apa, aku ambik sendiri."

Dia terus berjalan keluar dari bilik, meninggalkan Ashraf yang masih keliru dan buntu. Dia tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Aira, dan itu menambah beban dalam kepalanya.

Danish bersiul panjang, memecah kesunyian di bilik itu. "Ada orang bad mood lah," dia bersuara, cuba untuk melonggarkan ketegangan.

Iskandar mengangkat kening, memandang Ashraf. "Kau buat apa sampai dia jadi macam tu?"

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now