Markas Diaz
Sebuah markas Kalpsiz yang berada di pinggir bandar, sebuah mansion besar yang dikelilingi tembok tinggi. Dari luar, mansion itu kelihatan seperti mansion biasa, tetapi di dalamnya tersimpan rahsia yang lebih gelap.
Di dindingnya terpampang lambang keluarga Diaz, seekor ular melilit belati, simbol kejam dan tidak berperikemanusiaan yang terkenal dalam dunia mafia.
Markas ini terkenal dengan seni penyiksaan dan reputasi keluarga Diaz yang tidak berhati perut. Ruang utama markas itu dipenuhi alat-alat penyiksaan yang tergantung di dinding, memaparkan kekejaman yang mereka banggakan.
Bau logam darah yang masih segar menyengat hidung sesiapa yang melangkah masuk, mengingatkan sesiapa sahaja yang berada di situ bahawa mereka sedang berada dalam kawasan paling berbahaya.
Marcus melangkah masuk ke dalam markas dengan penuh berhati-hati, matanya melirik ke sekeliling. Dia tahu, markas Diaz bukan tempat yang selamat, walaupun untuk ahli keluarga sendiri.
Setiap langkah Marcus penuh dengan waspada, menyedari bahaya yang tersembunyi di setiap sudut. Ketika dia sedang berjalan di sepanjang koridor yang gelap dan berbau busuk, dia terserempak dengan Lydia, orang kanan paling setia dengan Andres, ketua keluarga Diaz.
Lydia menoleh ke arahnya, rambut panjang hitamnya berkilau di bawah cahaya lampu suram. "Marc, kau buat apa kat sini?" Tanya Lydia dengan nada yang dingin, matanya tajam memerhatikan Marcus. Lydia selalu curiga, seperti bayang-bayang yang sentiasa mengintai dalam kegelapan.
Marcus menjawab dengan nada tegas, "Aku ada hal. Nak jumpa Andres." Dia tidak mahu berlama-lama, lebih-lebih lagi dengan Lydia yang terkenal suka menyiasat.
"Kebetulan, aku pun ada benda nak cakap dengan kau," balas Lydia, langkahnya mendekati Marcus.
Marcus mengeluh perlahan, jelas menunjukkan rasa terganggunya. "Nantilah, aku sibuk sekarang." Dia berkata sambil berlalu, cuba menghindari Lydia. Tetapi Lydia tidak mudah menyerah.
"Kenapa kau belot Kalpsiz?" Suara Lydia meninggi, menggemakan lorong kosong itu.
Marcus berhenti, tubuhnya menegang, kemudian dia menoleh perlahan ke arah Lydia.
"Apa kau merepek ni?" Marcus membalas dengan wajah kosong, cuba menyembunyikan sebarang emosi.
Lydia mendekat, matanya tajam menikam Marcus. "Marc, aku tahu kau pembelot. Aku dah siasat." Lydia menegaskan, wajahnya tidak menunjukkan tanda-tanda bergurau.
Marcus cuba kekal tenang. "Kau silap, Lydia," katanya, suaranya rendah tetapi penuh dengan keyakinan palsu.
Lydia menggeleng, "Aku tak silap! Aku ada bukti kau pernah jumpa dengan salah seorang intel dari Bloodies Gang. Aku nampak tanda di pergelangan tangan kau, tanda yang hanya mereka pakai."
Marcus mendengus perlahan, cuba mengawal kemarahannya. "Kau tak tahu apa-apa, Lydia. Jangan masuk campur." Suaranya bergetar sedikit, mencerminkan konflik dalaman yang sedang dihadapinya.
Lydia membuka mulut untuk membalas, tetapi belum sempat dia mengeluarkan kata-kata, suara keras bergema di lorong itu. "Marcus, kau lambat," suara Andres kedengaran dari belakang Marcus.
Marcus segera menoleh, mendapati Andres berdiri di situ dengan wajah tegas. "Maaf," balas Marcus pendek, menunjukkan rasa hormat kepada Andres.
Namun Lydia tidak berdiam diri. "Andres, Marcus pembelot! Dia sedang bekerja untuk pihak lain!" Lydia berkata dengan nada lantang, menuding jari ke arah Marcus.
Andres tersengih senget, senyuman sinis yang selalu menimbulkan rasa tidak selesa. "Aku tak de ingat pun bagi arahan untuk kau siasat Marcus, Lydia. Aku cuma suruh kau siasat anak buah kau"
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...