BAB 21: HACK SISTEM

6 1 0
                                    

Setelah sekeliling terasa aman, Ashraf dan trio
mematikan mula berjalan dengan lebih santai . Nafas mereka masih berat, tetapi adrenalin dalam tubuh mereka membuat setiap langkah terasa ringan.

Mereka tahu mereka tidak boleh berhenti terlalu lama, tetapi satu ketika, mereka memutuskan untuk menunggu seketika di satu sudut sunyi. Khairul segera mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang. Di hujung talian, suara tenang tetapi tegas menjawab panggilannya.

"Aiden," kata Khairul, "Kami dah sampai di lokasi. Kau cepat datang jemput."

"Ok, on the way" jawab Aiden ringkas, dan talian pun diputuskan.

Mereka bertiga duduk di atas sebuah bangku panjang di tepi jalan, diapit oleh dua tiang lampu yang bercahaya malap. Malam yang sejuk dan sunyi terasa sedikit menenangkan selepas kejaran yang mendebarkan tadi.

Namun, mata Danish tiba-tiba menangkap sesuatu yang membuatkan senyuman serta merta terukir di wajah tampannya. Di seberang jalan, sebuah kedai serbaneka dengan papan tanda "11 Mart" bercahaya terang menarik perhatiannya.

Dengan senyuman yang semakin melebar, Danish bangkit dan mula melangkah ke arah kedai itu. Tetapi sebelum sempat dia bergerak jauh, topi hoodienya ditarik dari belakang.

"Kau nak ke mana, budak?" Khairul bertanya dengan suara yang tegas, namun masih memegang hujung hoodie Danish dengan santai, seperti seorang abang yang menjaga adiknya dari melakukan sesuatu yang bodoh.

"Ack! Kau nak bunuh aku ke?!" Danish mengaduh kecil, berpaling untuk melihat Khairul yang berdiri dengan kening berkerut. "Aku cuma nak ke kedai tu, bro! Nak beli ais krim." Danish menjelaskan sambil menunjuk ke arah kedai serbaneka itu, matanya bersinar seperti budak kecil yang meminta gula-gula.

Khairul tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Matanya membulat dan dia hampir tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. "Ais krim? Seriuslah, Nish, sekarang? Kau hampir mati sekejap tadi, sedar tak?"

Namun sebelum Khairul sempat mengutarakan bantahan yang lebih panjang, Ashraf mencelah dengan suara rendah tetapi penuh tekad. "Kau ni dah kenapa random sangat Danish? Tapi, jom lah. Aku pun haus. Air aku tadi entah tercampak ke mana," katanya, sambil memegang tekaknya seolah-olah rasa dahaga sudah begitu menggigit.

Khairul menggeleng kepala perlahan, tetapi akhirnya, dia mengalah. "Korang ni memang tak pernah serius kan?" dia mendengus perlahan, tetapi senyuman kecil tetap terukir di wajahnya. Dia tahu betapa pentingnya momen-momen kecil seperti ini untuk menghilangkan ketegangan.

Mereka bertiga pun menyeberang jalan menuju ke kedai serbaneka itu. Pintu kaca kedai berbunyi nyaring ketika mereka membukanya, dan seketika, udara dingin dari pendingin hawa menyambut mereka.

Danish terus menuju ke bahagian peti sejuk, mencari ais krim yang diinginkannya. Ashraf pula melangkah ke rak minuman, memilih sebotol air mineral yang sejuk.

Di belakang kaunter, seorang pekerja muda bernama Faiz sedang sibuk mengira stok rokok. Ketika pintu kedai berbunyi, dia secara automatik mendongak untuk melihat siapa yang masuk.

Mata Faiz membulat ketika dia melihat siapa yang berdiri di hadapan kedai. Ashraf Rizzi D'Valentini, nama yang disebut dengan rasa hormat di seluruh bandar memandangkan dia antara jejaka yang memonopoli kekayaan di Callesia. Dan dia adalah suami kepada sahabat baiknya, Aira Damia. Diikuti pula dengan 2 lagi jejaka yang tak kalah kaya nya, Danish Mikahilov Kaminski dan Khairul Trevino Diaz.

Faiz hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ashraf yang telah bergelar suami sahabatnya sekarang sedang berdiri di hadapan peti sejuk, mencari air mineral. Ini kali pertama dia melihat jejaka itu depan-depan.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now