BAB 7 : BERTEMU LAGI

15 2 0
                                    

Aira sedang bergegas ke kafe yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Dia ingin membeli kek kegemaran mamanya untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan, dia sempat menghubungi Aiden.

"Hello, Aiden. Abang kat mana? Aira dah dekat kafe ni," kata Aira, sambil menunggu isyarat lampu pejalan kaki.

"Maaf, Aira. Abang lewat sikit ni. Terpaksa selesaikan kerja di pejabat," jawab Aiden di hujung talian.

"Tak apa. Aira beli kek dulu. Abang datang terus ke rumah mama, ya?" balas Aira sambil melintas jalan.

"Okay, jumpa nanti," kata Aiden sebelum menamatkan panggilan.

Aira memasuki kafe yang penuh dengan aroma kopi dan pastri yang menggoda. Dia terus menuju ke kaunter untuk memesan kek apabila seorang wanita muda yang berpakaian elegan dan mewah melangkah ke arahnya dengan pandangan yang sinis.

Wanita itu, dengan rambut hitam yang terurus rapi dan gincu merah menyala, berdiri tegak di hadapan Aira, menyekat jalannya.

"Excuse me, you're blocking my way," kata wanita itu dengan nada angkuh.

Aira mengangkat kening, sedikit terkejut dengan cara wanita itu bercakap. "Maaf, tapi saya rasa saya yang sampai sini dulu."

Wanita itu memutar matanya, menunjukkan rasa tidak puas hati. "I'm a busy girl, I have no time to argue with someone like..." matanya melihat Aira dari atas kebawah dan keatas kembali. "You" sambungnya dengan nada angkuh.

Aira merasakan darahnya mulai mendidih, tetapi dia cuba menahan diri. Pemakaiannya tidaklah lusuh, hanya sahaja tidak semahal wanita itu. "Saya cuma nak buat pesanan. Tapi kalau awak nak dulu, silakan."

Wanita itu tersenyum sinis. "Good girl. You should know your place" Katanya lalu kehadapan untuk membuat pesanan.

"Well, Saya cuma utama orang tua" Kata Aira dengan senyuman manis. Sambil matanya memandang sekeliling kafe dan dia terlihat wajah yang tidak asing di salah satu meja.

Wanita itu terkejut mendengar kata-kata Aira. Rasanya jika dilihat dari rupa, jelas sekali mereka dalam usia yang lebih kurang."Hei! How dare you said th..."

Belum sempat wanita itu habis berkata-kata, Aira pergi meninggalkannya begitu sahaja. Lagi naik darah wanita itu dibuatnya.

"Dia?" bisik Aira perlahan, matanya terbeliak melihat manusia yang telah diselamatkannya tempoh hari.

Lelaki yang pernah dirawatnya sedang duduk di sudut kafe, kelihatan tenang sambil meneliti dokumen. Aira merasakan darahnya mendidih mengingat kejadian beberapa hari lalu. Dengan langkah tegas, dia menghampiri meja lelaki itu.

"Hei!" panggilnya dengan nada yang cuba dikawal.

Lelaki itu mengangkat pandangan, terkejut melihat Aira berdiri di depannya. "Kau? Apa kau buat kat sini?"

Aira menarik nafas panjang sebelum melepaskan rasa geramnya. "Apa maksud kau tinggalkan duit RM 500 lepas aku tolong kau hari tu?" Katanya sambil meletak beberapa keping not 100 diatas meja.

Ashraf tersengih senget mendengar ayat Aira. "Alah, kau memang nak upah pun kan? Tak payah nak acah-acah lah." Katanya selamba sambil membelek dokumennya kembali.

"Upah? Kau ingat aku ni apa? Selamatkan orang semata-mata demi upah?" Aira geram mendengar ayat Ashraf.

"Hei! What are you doing at our table? You know her Ash?" Tiba-tiba wanita angkuh tadi memarahi Aira.

Aira melihat wanita itu dengan geram." Memang sama padan perangainya. Menjengkelkan" Perli Aira perlahan. Kemudian dia memandang Ashraf kembali apabila teringat sesuatu.

"Baju kau yang tinggal dalam bilik aku pulak? Kau nak aku buat apa? Santau kau? " Katanya dengan geram.

Ashraf tersentak mendengar ayat Aira. Dia langsung lupa tentang bajunya. Gadis angkuh yang berdiri disebelah Aira kaget mendengar kata-kata Aira.

Dia menolak bahu Aira dan membuatkan Aira terdorong ke belakang sedikit. Mujur sahaja tempat mereka agak jauh dari orang lain, jadi 'drama' itu tidak dilihat orang ramai. " Cakap tu elok sikit ye perempuan. Kau kalau nak fitnah, cari orang lain please. Kau fitnah dia untuk apa? Nak kutip harta dia sebab dia anak CEO AstraGlobal Trading?" Panjang berjela wanita itu memarahi Aira.

Aira tersentak mendengar ayatnya. 'Wait, anak CEO AstraGlobal Trading? Bukan dia mafia ke' bisik hatinya sambil menelan air liurnya.

"Kau ingat perempuan murah macam kau boleh jatuhkan nama Ashraf semudah tu ke? " Sambung wanita itu lagi sambil menolak bahu Aira sekali lagi.

" Hei, Cut it out, Serra" Akhirnya Ashraf yang mendiamkan diri dari tadi bersuara. Entah kenapa, dia terasa geram melihat perbuatan Serra pada Aira.

"Kau memang anak CEO syarikat tu ke? Aku ingat kau ni mafia!" Kata Aira dengan riak tidak percaya. Serra tersentak mendengar ayat Aira. 'What? How did she know that?' Bisik hatinya kaget lalu memandang Ashraf.

Ashraf berpura-pura terkejut mendengar kata- kata Aira. "Mafia? Aku tak pernah mengaku pun aku mafia. Mana kau dapat idea mengarut tu?"

Aira terdiam seketika, cuba mencerna kata-kata lelaki itu. Ingatannya tentang kejadian itu tiba-tiba menjadi samar-samar.' Betul ke dia tak pernah mengaku? Aduh, aku tak dapat ingat semua perbualan dengan dia masa tu! Mesti sebab kalut sangat rawat luka dia' bisik hatinya ragu-ragu. "Jadi, semua ni salah faham?"

Lelaki itu mengangguk perlahan, matanya masih tenang. "Ya, semuanya salah faham."

"Jadi kenapa masa tu kau berda..." belum sempat Aira menghabiskan ayatnya,Ashraf terlebih dahulu memotong.

"Aku anak dari CEO Syarikat paling berjaya abad ni. Pelik ke kalau aku ada banyak musuh yang nak runtuhkan syarikat keluarga aku?" Kata Ashraf masih tenang.

Aira merasakan sedikit rasa bersalah mula menyelinap. "Maaf, aku betul-betul dah salah faham."

Ashraf tersenyum tipis. "Baju aku tu, kau boleh buang je." Katanya tanpa mengendahkan perkataan maaf Aira.

Terbeliak terus mata Serra yang mendengar perbualan mereka dari tadi. " Wait! That's mean, dia tak fitnah you? It's the truth? What did you do in her room?" Katanya dengan riak yang sangat terkejut.

"Ok, maaf sekali lagi" Kata Aira ringkas sebelum berlalu pergi.

"I need your explaination, Ash. Right now!" Kata Serra seraya duduk dihadapan Ashraf.

"Mind your own business, Serra." Kata Ashraf tanpa perasaan sambil membelek dokumennya kembali. Serra mencebik dengan kedinginan Ashraf.

Aira kembali ke kaunter untuk membeli kek. Otaknya asyik memikirkan Ashraf dan dia terasa sangat bersalah menuduh Ashraf begitu. Sewaktu menunggu, dia terdengar perbualan dua orang gadis di sebelahnya.

"Awak dengar tak? General Sales Manager AstraGlobal Trading tu gay. Sebab tu dia tak pernah terima mana-mana perempuan yang confess dekat dia."

"Wait, you mean anak CEO syarikat tu? Really?"

"Ye! Baca lah berita tergempar semalam! Tapi sayang, dia hensem gila!"

Aira tersentak mendengar perbualan itu. Dia menoleh ke arah sudut yang diduduki Ashraf dan Serra.

Kemudian dia melepaskan keluhan. " Bukan mafia, tapi gay pulak? Macam mana lah aku boleh terjebak dengan manusia macam dia?" Dia mengomel perlahan kemudian mengambil pesanannya dan keluar meninggalkan kafe itu.

"Janji urusan aku dah settle dengan kau, semoga kita tak berjumpa lagi"  Kata Aira seraya melangkah keluar.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now