BAB 57: KETENANGAN SEMENTARA

7 0 0
                                    

Suasana dalam kereta kini terasa lebih tenang, menghapuskan ketegangan yang sebelumnya membelenggu. Mereka berdua diam, masing-masing merenung jauh. Tiba-tiba, telefon Ashraf berbunyi, menandakan panggilan masuk.

"Serra?" Ashraf mengeluh sebelum menolak panggilan itu.

"Kenapa reject?" tanya Aira, curiga.

"Malas layan," jawab Ashraf sambil terus memandu.

"Eh, tak baik. Serra cuma nak kekalkan persahabatan," balas Aira, mempertahankan gadis itu.

Ashraf memandang Aira dengan penuh tanda tanya. "Kenapa kau backup dia? Bukan ke dia selalu sakitkan hati kau sebagai isteri aku?"

Aira terdiam sejenak, memikirkan jawapan. "Sebab aku tak nak jadi penyebab kau hilang orang yang care pasal kau. Korang dah kenal lama kan?"

Ashraf tertawa kecil. "Serra tu takkan pernah berhenti menggedik, walau dingin mana aku layan. Dia memang macam tu. Tapi jangan remehkan persahabatan kami. Semua yang selalu lepak dekat markas tu ada perangai masing-masing tapi kesetiaan kami kuat. Kami akan selalu care sesama kami."

Mendengar itu, Aira semakin rasa bersalah. Ashraf perasan dan dengan lembut berkata, "Don't worry, angel. Aku dah biasa dingin dengan dia, even sebelum kau hadir dalam hidup aku."

Ashraf memandang isterinya sekilas sebelum menyambung. " Dalam dunia yang kami huni, keluarga sendiri boleh jadi sangat kejam. Even dari kami kecik. Kami dilatih keras oleh keluarga masing-masing dari kecik. Sesekali, mental kami sebagai manusia rasa nak gila. Tapi, persahabatan ni lah yang buat kami bertahan."

Aira memandang Ashraf dengan rasa ingin tahu yang tinggi. "Maksudnya korang semua dah kenal dari kecik?"

Ashraf mengangguk dengan senyuman nipis. "Diorang lah keluarga aku. And sekarang dah jadi keluarga 'kita'" Kata Ashraf seraya menekankan perkataan 'kita'.

Aira mengangguk, berasa lega. Dia sendiri boleh nampak betapa utuhnya persahabatan mereka. Perlahan, senyuman nipis terukir dibibir Aira.

Tiba-tiba, panggilan Serra masuk lagi. Ashraf menolak sekali lagi. Namun kali ini tiada lagi bantahan dari Aira.

Setelah lama diam, Aira bersuara, "Aku rasa nak makan sesuatu."

"Apa?" tanya Ashraf, menumpukan perhatian.

"Kentang... kentang goreng," jawab Aira dengan nada bersemangat.

Ashraf tergelak kecil. "Okay, kita singgah AFC untuk drive-thru."

Sesampainya di sana, Ashraf tidak hanya membeli kentang goreng, tetapi juga pelbagai makanan lain untuk kawan-kawan di markas trio.

Setelah selesai, dia menyerahkan kentang goreng kepada Aira, yang menerimanya dengan teruja seperti budak kecil mendapat gula-gula.

"Kenapa beli banyak sangat?" tanya Aira, kehairanan.

"Untuk markas skali." jawab Ashraf sambil tersenyum.

"Tapi, ini banyak sangat!" Aira menggeleng.

Ashraf tertawa. "Separuh dari semua ni, boleh dihabiskan oleh Danish sorang. Mamat tu makan mana pernah sikit!"

Aira ketawa lagi. "Tapi, aku rasa nak tu..."

"Apa tu?" Ashraf pelik.

"Nak tuuu," Aira menjawab sambil mengelak menyebut nama makanan.

Ashraf semakin tidak faham. "Nak apa, angel?"

Aira berbisik, "Aku... nak aiskrim viral yang kau cakap tadi. Yang keluar asap tu."

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now