Langit pagi itu cerah, dan burung-burung berkicauan meriah di luar wad. Ashraf terbaring di katil hospital, matanya memandang kosong ke arah siling. Dia sudah mula bosan. Sudah berhari-hari lamanya dia terkurung di bilik sakit, mendengar bunyi mesin-mesin hospital yang membosankan. Setiap kali pintu bilik terbuka, harapannya untuk keluar makin menggebu.
Danish yang duduk di sofa sebelahnya, membaca majalah yang entah berapa kali sudah dia ulang, mengangkat kepala memandang Ashraf. Senyuman sinis muncul di bibirnya. "Nampaknya ada yang tak senang duduk diam. Takkan monster kat dunia mafia kalah dengan bilik hospital?"
Ashraf meliriknya dengan pandangan tajam, tetapi di hujung bibirnya ada senyuman samar. "Kau ni memang suka tengok orang menderita, ya?"
Danish ketawa kecil. "Bukan suka, cuma seronok tengok kau macam harimau dalam sangkar."
Ashraf mengeluh. Dia bangun perlahan-lahan dari katil, menolak selimut ke tepi. "Aku nak keluar sekejap. Nak hirup udara segar."
Danish segera berdiri, menyimpan majalah ke sisi. "Aku ikut. Takut kau sesat pulak, harimau. Hospital ni besar."
Dengan langkah santai, mereka berdua berjalan keluar dari wad. Keadaan koridor hospital agak lengang, hanya beberapa jururawat yang lalu lalang. Ashraf memandang ke luar tingkap, di mana taman kecil di halaman hospital terlihat tenang dengan beberapa pesakit duduk di bangku.
"Aku dah lama tak rasa udara segar," ujar Ashraf, matanya memandang ke arah taman kecil yang dihiasi bunga-bunga pelbagai warna. "Taman tu nampak menenangkan."
Danish, yang tidak pernah jauh dari sisi Ashraf, mengikut di belakang sambil sesekali menyakat kawannya itu.
"Eh, Ash, kau nak lari dari hospital ke? Belum cukup sembuh lagi kot. Nanti doktor Aira marah, siapa yang susah?" usik Danish dengan senyum sinis.
Ashraf hanya mencebik, melangkah ke arah halaman hospital. "Aku dah bosanlah duduk dalam bilik tu. Lagipun, bukan aku nak lari pun. Sekadar jalan-jalan, ambik angin."
"Yalah tu. Nanti doktor Aira cari, aku takkan cover kau tau," jawab Danish, namun dia tetap berjalan seiring dengan Ashraf, tak henti-henti mengusik.
Ketika mereka sampai di taman kecil itu, mata Ashraf tiba-tiba tertarik kepada satu sosok yang dikenalnya. Di sudut taman, di bawah rimbunan pokok kecil, kelihatan Aira sedang berbual mesra dengan seorang doktor lelaki.
Ashraf melangkah perlahan, mendekatkan diri tanpa menyedari Danish yang terdiam di sisinya, turut sama memerhatikan.
"Aish, siapa pulak mamat tu?" bisik Ashraf, matanya tidak lepas dari Aira dan lelaki itu.
Danish ikut memandang, dan senyumannya semakin lebar. "Oh, itu Doktor Azril. Orang hospital ni cakap dia antara doktor muda yang kacak dan baik hati. Patutlah Aira ketawa, rupa-rupanya dengan dia."
Ashraf mendengus, hatinya bergelora. "Kau rasa diorang dekat ke?"
"Buat masa ni, nampaknya lebih dari sekadar rakan sekerja. Tengoklah tu, Aira ketawa macam tu. Kau tak pernah buat dia gelak sampai macam tu," Danish mengusik, seronok melihat reaksi Ashraf yang jelas kelihatan cemburu.
Ashraf memandang tajam ke arah isterinya yang masih rancak berbual.
Danish, yang menyedari suasana yang semakin tegang, tersenyum nakal. "Eh, jom kita mengendap. Nak tengok jugak, apa yang diorang borakkan. Dah lama tak jadi detektif."
Ashraf memandang Danish dengan wajah yang jelas menunjukkan kurang setuju, tetapi dia tetap menurut.
Mereka berdua bergerak mengendap ke belakang semak-semak yang berhampiran, cuba mendekati tanpa dikesan. Sesekali, mereka hampir tersadung akar pokok, namun tetap gigih mengintai perbualan itu.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...