Satu Perjalanan

182 10 0
                                    

-catatan-

SATU PERJALANAN

Dalam perjalanan yang telah disiapkan laluannya, aku harus memilih di terminal yang mana untuk aku berhenti dan dengan cara apa harus aku pilih untuk ke tempat seterusnya. Ke mana harus ku bawa langkah kaki ini pergi.

Laluan sedia ada tidak menuju ke semua tempat. Cuma berhenti di terminal sekian-sekian. Aku tidak mahu berhenti setakat itu, maka harus ku pilih destinasi seterusnya.

Memilih adalah satu perkara yang mendebarkan. Memilih itu datang dengan tanggungjawab. Memilih itu satu pakej dengan perjuangan. Aku tidak tahu apakah pilihan aku itu tepat.

Walau apa pun kerenahnya, aku tetap juga harus memilih. Cuma harus ku pastikan, pilihan itu adalah satu pilihan yang aku sanggup tanggung semua risikonya.

Baik perjalanan itu secara sendirian atau bersama teman-teman; berjalanlah. Tiada salahnya mahu berhenti di terminal yang mana. Kamu lebih tahu akan rencana perjalananmu; mahu menuju ke mana. Asalkan perjalanan itu masih selari dengan redha Tuhan, berjalanlah semahumu.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now