#TillJannah

129 5 0
                                    

Apa yang kamu suka tak semestinya kamu cinta. Cinta adalah komitmen yang kamu sanggup tanggung dan sedia berdepan dengan risikonya. Manakala suka adalah rasa selesa.

Macam makan gula-gula. Rasa manis gula-gula itu, enak sekali. Enak, lantas mengkhayalkan.

Dek kerana kegembiraan dan rasa nyaman itu, kamu berdepan dengan kebarangkalian berlakunya perkara yang kurang senang. Kaviti dan kehadiran asid gula mendatangkan risiko gigi berlubang.

Apakah kamu sanggup dan mampu terus makan gula-gula bila reseptor sakit terdera di sekitar gigi? Sampai ke tahap itukah kecintaan kamu sama gula-gula?

Jika ya, hantarkan pesanan ini kepada orang yang kamu rasa, bisa dan sedia rongak bersama kamu.

"Sudikah awak #rongaktilljannah bersama-sama saya?"


Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now