Pilihan

66 1 0
                                    

Dalam dunia ini, hampir setiap hari memilih dan mengambil keputusan. Isunya, sama ada perkara tersebut memberi impak yang besar ataupun kecil untuk diri kita. Tanpa mengira sebesar mana kesannya, kita tetap perlu memilih.

Segala keputusan kita seharusnya disandarkan kepada pertimbangan-pertimbangan yang wajar. Definisi wajar itu berbeza bagi setiap individu. Namun, sekurang-kurangnya ada hujah untuk mendokong prinsip hidup. Ada orang; dalam hidupnya, moral didahulukan; dan ada orang keuntungan yang paling utama. Terserah.

Pilihan tak ada tepat, tak ada salah. Setiap keputusan yang diambil adalah satu komitmen buat kita. Mungkin di awal keputusan, semua perkara berlalu dengan baik. Kemudian di penghujungnya, kita diuji dengan pelbagai cabaran.

Seharusnya, kita perlu menjangkakan sesuatu samada baik mahupun buruk, akan datang bersama pilihan kita. Semak semula cabaran yang pernah menimpa orang-orang terdahulu yang pernah melalui jalan yang kita pilih. Rancang untuk selesaikan masalah yang bakal menimpa. Tuhan telah kurniakan manusia normal itu dengan akal untuk berfikir.

Pokoknya, pilihan itu terlalu subjektif untuk dibahaskan. Pilihan itu sebenarnya berkisar berkenaan reaksi diri kita apabila didatangkan dengan dugaan.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now