Katanya masa itu boleh menyembuhkan. Masa barangkali bukan penyembuh, masa cuma membiasakan rasa sakit yang ada. Terlalu biasa hingga langsung tak merasa pedih meski luka masih basah. Aku cuma perlu menahan rasa itu. Lali.
Untuk sembuh, aku hanya perlukan hati lain untuk dikongsi, seperti bahananya kelukaan hati aku yang terdahulu; terkongsi hati yang tidak tepat.
Seperti mana masa tidak mengubati, masa juga tidak menyakiti. Masa cuma jerangkap. Keenakan janji adalah umpannya.
YOU ARE READING
Debu yang Terconteng
PoesíaHanya kata-kata usang yang bila-bila masa boleh ditiup terbang lantas hilang. Barangkali bisa menebal namun mana mungkin kekal, satu masa debu ini akan tertanggal. Debu-debu yang tak dipeduli, meski terlihat kotor namun masih suci; berbanding hatiku...