Dimensi Matahari

96 3 2
                                    

Matahari tetap matahari. Cahayanya mungkin berbeza mengikut sudut pandang yang kau pilih. Mengikut di lekuk Bumi mana kau berdiri.

Reaksi kau kepada kehadiran cahaya matahari tidak mempengaruhi matahari. Ia kekal sebagai bintang di bima sakti. Cuma kau yang pilih untuk rasa yang bagaimana. Bergantung bila dan di mana kau berada. Bergantung pada apa yang kau rasa; suka atau tidak suka. Biar bagaimana jua cahaya yang kau lihat redup, terik, menyilau atau mendung; ia tetap matahari yang sama.

Matahari akan terus beredar. Kalau kau mahu lihat semuanya sama dan selesa di mata kau, maka seharusnya kau perlulah gigih mengejar matahari. Namun harus ingat, perbuatan ini nanti bikin kau tidak punya masa untuk hal yang lain.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now