Aku Mahu Jadi Puisi-puisimu

56 3 0
                                    

Aku mahu jadi puisi-puisi indahmu; yakni sebagaimana karya yang kau tumpukan perhatian. Seluruhnya.

Seperti puisi-puisimu yang kau fikir baik-baik akan letak diksinya.

Mirip puisi-puisimu yang kau minta kritik untuk kau asahkan lagi ketajaman penamu.

Umpama puisi-puisimu yang kau penuh cermat baiki jika tak enak kau membacanya.

Laksana puisi-puisimu yang kau berbangga mengkhabar tentangnya di hadapan sanak saudaramu malahan senang bercerita akan halnya sama teman-temanmu.

Serupa puisi-puisimu yang kau nyanyikan lewat menghiburkan hatimu sendiri.

Persis puisi-puisimu yang dihimpunkan molek-molek dalam nota catatanmu, lengkap tarikh dan lakaran yang kau rasa tentangnya.

Semacam puisi-puisimu yang paling istimewa kau utus dalam lekuk tadahanmu, kala kau bicara sama Tuhan yang kau puja-puja lantas meminta.

Sebegitulah aku berkehendak; menjadi puisi-puisimu.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now