Menerbangkan Angan-angan

62 4 2
                                    

Semua tentang dia mahu ku tilik
Segala yang pernah dibacanya, aku juga ingin telaah sama
Semua yang pernah didengarnya, aku juga ingin amati sama
Seluruh yang pernah dilihatnya, aku juga ingin kaji sama

Mahu aku selak dan terus selak apa yang terlipat dalam kalbunya
Siapa nama yang tercoret di celahan nota silamnya
Apa mungkin aku bisa menjadi nama terakhir dan memadamkan nama-nama yang lain

Hati setianya aku mahukan untuk aku
Entah mampukah aku menjadi yang satu-satunya dalam warkah jiwanya
Angan-anganku tinggi benar, hingga tak tersampai tangan mencapai

Lantas aku terbangkan anganku itu menjadi doa
Moga Tuhan menjawab bicara aku kepada-Nya
Berharap malaikat menyampaikan sayap-sayapnya bikin teduhan; buat kehujanan rasa yang tak berkesudahan

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now