Angin

55 2 0
                                    


Apakah aku sama sahaja seperti yang lainnya datang dan pergi; seolah angin berubah haluan? Bertiup dari timur ataupun barat sama sahaja, tak memberi kesan apa-apa bagi kamu.

Cuma musim barangkali beza. Harapnya tak membebankan. Ada angin membawa hujan, ada angin mengundang taufan; aku cuma minta aku adalah angin yang memberi ketenangan.

Sudah puaskah kamu bertentang dengan angin? Atau kamu kira cuaca tidak lagi sesuatu yang harus kamu peduli?

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now