Kematian dari Sebuah Permainan

56 2 0
                                    

Usahlah mempersendakan niatku yang ikhlas
Kalau tak sudi tak perlulah mula menyapa hati
Biarlah ku simpan keinginanku yang tak berbalas
Kubur dah digali hanya menunggu mati

Keperitan ini bagai pernah singgah masuk
Bingung mengecam bila dan di mana
Perasaan hancur berkecai; terpuruk
Cebisannya bertaburan bersepai merata

Azabnya menahan geletar menggigil
Mahu pengebumian disempurnakan segera
Merasa rohnya bakal keluar dipanggil
Usai salam terakhir maka kakulah ia

Buat kamu
Usahlah bermain kata meski bagimu hanyalah gurauan
Kamu tak mengerti tanpa sedar ada perasaan yang dipermainkan

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now