Pantun Merisik Khabar

93 4 0
                                    


Dari Riong pergi Mengkasar,
Mencari herba bersulam rotan;
Kanda datang berasa gusar,
Sudikah dinda datang meneman?

Mencari herba bersulam rotan,
Cindai sutera dibeli orang;
Sudilah dinda datang meneman,
Andai kanda sudi bertentang.

Cindai sutera dibeli orang,
Indah nian halusnya Tuan;
Andai kanda sudi bertentang,
Bila mahu bersemuka depan?

Indah nian halusnya Tuan,
Halia putih terbelah jitu;
Dinda mahu bersemuka depan,
Bila kasih cumalah satu.

Indah nian meranti kencana,
Seri delima dipakai kesuma;
Sampai masa berikat suasa,
Janji setia sampai ke syurga.

Seri delima dipakai kesuma,
Diikat kemas akarnya bara;
Janji setia sampai ke syurga,
Moga diperkenan yang Maha Esa.

Diikat kemas akarnya bara,
Rumah pusaka wujudnya lama;
Moga diperkenan yang Maha Esa,
Tekunlah pada sujud yang lima.

*Sesi berbalas pantun dengan mhdsymil di WhatsApp group RancakIlmiah*

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now