Bersambung

49 1 0
                                    

Catatan balas buat TAMAT

(Sila rujuk http://w.tt/1NUUjL5 sebelum membaca)

Ya benar kau berhak meletakkan noktah dalam penulisan kau; mengikut kesukaan kau. Namun harus ingat dalam bahasa juga ada tatabahasanya. Mesti menurut pada kesesuaiannya.

Apa lagi kalau kau mahu pisahkan jarakmu dengan manusia. Tatabahasa apa yang kau gunakan untuk meletakkan sempadan antara kita? Maaf, aku keliru; mungkin sebab aku belum menelaah bahasamu sebaik-baiknya.

Meninggalkan tanpa pesanan itu buat aku bersangka-sangka. Sesungguhnya aku tak mahu terus meneka-neka. Ucapan terima kasih itu, maaflah aku tak mahu terima kali ini, melainkan kau janji kita akan bertemu lagi.

-BERSAMBUNG-

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now