Kafien

40 3 0
                                    


Daun teh menumbuh di cabang-cabang pokok renek, manakala bijian kopi bergayutan di pohon berkayu yang tegap. Berlainan fitrahnya, namun masih punya kafien yang bikin ketagihan.

Teh mahupun kopi kedua-duanya aku suka. Aku juga bingung, jika perlu memilih salah satu. Kopi aromanya sahaja membekalkan aku semangat pada awal pagi; sebelum aku menjadi robot di pejabat kapitalis. Teh, wanginya menenteramkan malam; sebelum beradu atas singgahsana pemimpi.

Minuman hangat yang terhidang lewat waktu sarapan dan sajian tengah malam. Keseimbangan dalam hidangan -- memberi kesamarataan dalam kewujudan.

Kita berdua harus seperti kopi dan teh. Kalau boleh.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now