Ingin Mati

28 3 2
                                    

Ada perkara yang aku pernah terburu-buru
Lantas kau cemas dan hampir sahaja berlalu

Aku terlalu dahagakan kepastian yang nyata
Kerana rengkungku kering dek soal tanya

Antara kita ini apa, mengapa, bila dan bagaimana
Kau membisu, bahkan memantulkan soalan yang sama

Aku ini kau persalahkan kerana jawapanku tak pernah cukup
Kau pula berlari bersembunyi dengan hati yang tertutup

Selamanya aku disamarkan sebagai teman sahaja
Sedangkan apa yang kau lakukan itu, tak ubah seperti boneka

Datang bila kau ingin
Hilang ketika kau dingin

Patahkanlah harapan sekejamnya yang kau bisa
Agar perasaan ini tak lagi menumbuh dengan bunga

Abaikanlah aku berterusan
Sesungguhnya kematian yang nyata lebih menyamankan berbanding hidup yang berpura-pura

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now