Tiada Lagi Jarum Saat

58 3 0
                                    

Bagi aku, yang dirujuk itu masa (jam dan minit) dan tarikh (dan juga hari). Aku belum pernah lagi mencatat apa-apa dengan merekodkan saatnya sekali. Maka bagi aku, tidaklah penting adanya jarum saat itu.

Tiada lagi detik-detik setiap saat yang ku dengar, masa bagai bergerak lebih perlahan. Sungguhpun tidak kelihatan, tetapi saat demi saat itu wujud.

Masa yang berjumlah beberapa saat itu bila dikumpulkan; membawa kepada minit. Seterusnya minit yang cukup 60 menjadikan satu jam. Lengkap 24 jam, tarikh bertukar dan hari berganti.

Ya, aku kesal membiarkan kau, si jarum saat; tertanggal dari satu putaran jam. Maaf. Aku hanya tahu kau ada tanpa kau bergerak depan mata.

***

Seperti itu bila kamu diam. Sungguhpun pada mulanya aku anggap dirimu itu kecil sahaja; hanya muncul dalam babak-babak yang sebentar cuma. Apa yang aku rasakan kehadiran kamu masih punya signifikasinya. Masih ada kesinambungan bagi babak yang lebih panjang.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now