Mengawet Rahsia

91 4 0
                                    

Perempuan. Seharusnya lebih pemalu untuk meluahkan. Namun cenderung untuk mencanangkan kepada teman-teman rapatnya (yang semestinya teman-teman perempuan). Sesungguhnya memendam rasa dan menyimpan sendirian itu membebankan. Tak terhela nafas.

Aku sering juga menyimpan rahsia teman-teman. Sebaik mungkin aku lupakan, kerana aku terlalu risau rahsia itu ketahuan tanpa aku sedar. Apabila aku menyampaikan sesuatu yang rahsia, aku pilih teman-teman yang bersifat pelupa perihal aku; bila mereka berbicara sama yang lain.

Meskipun lega dapat melepaskan rasa hati, muncul juga bisik-bisik mencurigai keupayaan teman-temannya menyimpan rahsia. Hal demikian kerana, perempuan mudah meluahkan simpati, suka berkongsi rasa dan atas alasan-alasan itu mungkin membawa kepada kebocoran maklumat.

Percayalah, aku lebih suka rahsia kekal rahsia. Sejurus itu, aku jarang mempercayai manusia. Maka lebih baik jangan diluahkan kepada sesiapa.

Luahan terbaik yang aku rasa adalah bila menghadap Kaabah, duduk atas sejadah, dengan tangan menadah. Rahsia aku selamat dan dada aku lega.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now