Bukan Aku

18 2 0
                                    

Rindu sahaja tidak akan membawa kita ke mana-mana tanpa bersapa. Maka kupanjatkan doa buatmu, hanya termampu meminta-minta. Aku bimbang bersapa hanya menjarakkan lagi titik yang sememangnya berjauhan.

Ingatkah kau kali terakhir sapaanku hanya mengganggu dan meninggalkan semuanya dengan keliru. Aku tak mengerti apa yang kau tak fahami. Namun aku juga enggan melanjutkan lagi kerana tak ada apa yang mampu berubah.

Biarlah penamatnya tertimbus dengan semua tanya dan teka, sampai peduli tak lagi sesuatu yang kita punyai. Lantas tak kan siapapun tersakiti dengan keinginan.

Kalaupun aku rindu, ia sesuatu yang tak perlu kau tahu. Kalaupun kau rindu, ia sesuatu yang bukan untuk aku.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now